Friday, 1 June 2012

BUKIT TINGGI, KARAK, PAHANG

Salam,
Hari ini aku nak mencoretkan peristiwa paling gembira dalam hidup ini yang telah tersemat ni. hahaha.. Masa tu kami berdua dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan kan.. so memang aku ni dah lama dah nak menerjah ke Bukit Tinggi ni tapi tak berkesempatan. Jadi.. alang-alang menyeluk pekasam biar ku kasam kasam kan je si kasam tu.. haha...

Memula ingat kawasan Bukit Tinggi tu macam besar je kan sebab tengok dalam magazine semua kan.. rupanya tak besar sangat tapi menarik untuk dikunjungi. Haa.. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di situ.. nak tahu.. jom kita tengok..

Ni la Kota Colmar Tropicale

Kat jalan bawah tu ada Black Swan

Pastu ada jugak White Swan
Ha.. menarikkan.. ini baru cerita pasal Swan.. cantik swan ni dah la tu besar pulak tu..

Ok next adalah :

"Menjaga kuda-kuda ini adalah hobi saya.. mereka amat jinak sekali"

Pemandangan di dalam KOTA

Lepastu kita buat acara makan-makan di Colmar.. oh yeah

Harga dia dalam RM 25.00 ermm.. kalau nak makan di sini bawak duit banyak skit sebab mahal2 semuanya

Muffin ni best.. sedap je.. nyum

"Saya sayangkan kuda saya.. mereka tidak boleh tidur kalau saya tidak dodoikan mereka"

Mrs Nova Kur Jokovic
Erm.. menarik bukan pemandangan di sini.. nak tahu apa yang boleh dilakukan di sini tak?

BERKUDA.. kuda ku lari gagah berani..

Adventure PArk ni best jugak kalau pergi ramai-ramai

Paint ball pun ada
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini tapi memandangkan ini bukannya Laman Web Rasmi Bukit Tinggi kan haha.. jadi 3 jela yang aku tarok kat sini.

Lepas tu selain itu aku dan husben pun apa lagi.. posingla.. meh meh jom pakat menyampah. hihi

Topi untuk dijual

Jom pakat tolak ramai2.. haha

Okla.. merepek2 dah ni.. pastu nanti nak cerita pasal naik kude. nanti jangan lupa datang selaloo k!
Skian.