Sunday, 3 June 2012

LIKI-LIKI DANAU KOTA

Salam,
Harini dengan rasminya aku dah register akaun Churp Churp.. gaggaa.. slow giler bab teknologi ni. Padahal nama je budak IT kan. aku cam tak paham sebenarnya konsep churp2 ni.. tapi takperla.. buat jela akaun. Kalau ada sesiapa yang mahir mehla tunjuk aja cara nak guna churp2 tu. cewah..

Ok. Sebenarnya malam ni eh silap.. dah pagi la.. aku nak cerita pasal makan di Liki-Liki Danau Kota. haa.... memang kerja aku n kawan2 kalau nak buat reunion or celebrate pepe kat sini lah port nya. Sebabnya adalah tokeh kedai tu memang agak ngam dah ngn kitorang, biasala pengunjung setia. ha.. beberapa hari yang lepas, tujuan kami ke Liki-Liki adalah untuk menyambut hari lahir En husben. cewah.. so panggil la kawan2 datang. Tapi sedih sekali, ramai pulak yang tak available. Takperla.. tahun depan kita plan awal2 ye.

Nak dijadikan cerita, aku ni bukanla jenis yang hari-hari tengok kalendar kuda. Kalendar kat PC pun aku buat2 tak nampak je. So mengikut agak-kan & pengiraan aku, hari 'kejadian' adalah hari kelahiran husben aku. Semangat betul aku ni duk nunggu jam Pukul 12 malam tak tido2 cekang mata layan Karoot Komedia. Padahal laki aku dah tertido nyenyak je depan TV.

Ting.. ting... jam pun berbunyi menunjukkan sudah masuk 12 bermakna tarikh dah masuk 1 jun 2012 = besday laki ku,

"ABANG!!!!.... selamat hari lahir!!!.. diikuti dengan nyanyi Happy Besday to u.. oleh aku secara mengejut di telinganya"
"Nah amik ni kad besday.. khas buat abang"

Maka, laki aku yang tengah mamai pun bangunla mengesat muka nak baca kad walaupun masih terkejut dengan nyanyia besday yang tak sedap langsung siap rasa cam nak kaki kan je.. haha

Husben : "Ala.. comelnya kad ni, trima kasih" "K esok kita sambut ye.." sambil bercakap sambil merebahkan badan kat depan tv balik sebab nak sambung tido balik.. 

Takperla.. tido la.. besday boy kan..

Ke Esokan Pagi

Telefon husben aku berbunyi beberapa kali, lalu kedengaranlah suaranya..

Aku : "Abang, harini 31/05 la.. so bukan besday abang la!!"
Husben : "hahahaha... yerla.... esokla besday.. i belum join u lagi laaa.." (cis,dalam makna tu!)
Aku: "habistu.. orang tunggu kul 12 malam tadi siap dah bagi kad nyanyi2 happy besday semua tu kira batal la?
husben: "ha ah.. yela.. malam ni kena nyanyi sekali lagi ye!"
Aku : ceh!...........................................................+@#$%&^@!


Meh layan gambar sambutan besday :

Liki-Liki.. Kili Kili..
Yey! Nuren pun ada taw!!
Aku memang lapa sangat ni.. jom makan
Tiga kawan baik.. hihi
Kakak n Manda
Semua yang hadir kecuali Kakak sebab dia tangkap gambar..
Manda yang cute
Nova dan Rayyan... kekenyangan ni
Nova n Kakak Love 4 ever!
BesdaY Boy n me... Oh yeah!
So itu sahaja cerita besday.. skian.. trimas!
 C U!