Monday, 18 June 2012

Majalah MIDI, Karangkraf

Salam,
Semenjak 2 menjak ni kan.. sejak boleh online 24 jam dengan adanya GTab ni, makin menjadi-jadi lah pulak aku ni kan. Asik online jerk. Ha.. kalau tak online, main game.. haritu gila main memancing ikan. Dah puas mancing, main game The Sims pulak. hehe..

Oh ya, sebenarnya nak cerita pasal haritu masa kat ofis, aku terima satu emel.
"Salam, saya **** dari Karangkraf, saya terbaca blog anda. Boleh saya tahu berapa usia anda? Jika bersesuaian, saya inginn interview anda untuk ruangan HOBI dalam majalah kami"

eh.. betul ke ni? dalam hati cam rasa gembira sungguh.. tapi perbualan tu belum di jawab lagi so tak leh excited sangat. "Umur saya ** tahun puan" 

"Kalau macam tu belum cukup umurla untuk masuk majalah kami"

Oh.. ic.. :) erm

Selepas perbualan kami berlanjutan, penulis berkenaan mencadangkan agar ibuku menggantikan tempatku untuk masuk ruangan tersebut.. wallawehh!!! bestnya! hihihi...

Dengan sepantas petir aku telefon mak. "Minggu ni saya balik mak! ada projek ni" Mak pulak bingung je.. tak paham apa yang aku cakap.

Panjang juga perbualan ku dengan penulis ini. Memang beliau adalah seorang penulis yang berpengalaman. Respek cara dia menyusun ayat. Amat tertib sekali. Pernah memenangi Anugerah Penulis Terbaik Rencana Bahasa Melayu Tahun 2007. Kagum sekali.

Meh layan gambar mak i posing.



hehe..

Bila dah siap photoshoot mak, aku pun menulis jawapan2 kepada soalan2 puan penulis Majalah MIDI itu.

"Terima Kasih!
InsyaAllah artikel berkaitan ibu awak akan keluar dalam majalah MIDI isu 15 Julai"

Syukur alhamdulillah. jom pakat beli Majalah MIDI.

Glamer mak i taw!