Tuesday, 19 June 2012

PIZZA and MAMA

Salam,
Sabtu lepas aku balik kampung memandangkan husben cuti. Husben aku ni susah skit nak cuti, selalunya Sabtu & Ahad dia kena gi kerja. erm.. so aku pun mengambil KESEMPITAN ini untuk pulang walaupun sebentar cuma. cewah..

Malam sabtu tu, mak aku tak masak pun disebabkan perangai aku yang cun ni. Buat suprise la kekonon kan. Aku dah pesan kat kakak n husben supaya jangan bgtahu sesiapa pun kita nak balik kampung ni! Sampai je kat TOL PLUS, aku pun telefon mak, buat-buat la macam kat KL lagi, baru bangun tidur, tak makan lagi la tah ape mak aku kelentongkan. " Takperla.. minggu depan balik la... " sayu pulak suaranya aku dengar..

Maka telefon diletakkan, aku pun sampai tepat pada masanya depan pintu gate rumah.. aku nampak mak baru nak pegang penyapu..


Mak : " **** toooot.... *maaf terpaksa di sensored
pastu sambung Ya Allah! budak bertuah ni !!!! " 
Aku : hahahaha... dalam hati, nasib baik tak kena hempuk dengan batang penyapu tu.. 


hahahaha....

Disebabkan surprise aku tu, mak aku takda la masak beria-ia macam selalukan.. " Ha.. tu lah tanak bagitahu awal-awal, mak tak masak apa-apa pun!!! "  geram betul nampaknya mak aku ni.. kiki nasib baik ada PIZZA HUT. yeay!

SODAP NI SODAP

PIZZA N MAMA

Anak bertuah mak! haha ampun mak!

Kesimpulannya, hati ini rasa happy sangat sebab kepulangan kami membuatkan mak n nenek ceria dan gembira sepanjang 2 hari ni..

Skian, love u mak!!

p/s: kalau anda juga gembira klik iklan di bawah , di kanan mahupun diatas ni ye .. tq