Friday, 22 June 2012

REVIEW SAMSUNG SMART CAMERA DV300F

Review Samsung DV300F!!

Sebagai seorang blogger, kamera adalah satu alat yang sangatlah diperlukan ye tua-tuan dan puan-puan. Aku masih ingat lagi 3 tahun lepas, semasa aku baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, aku hanya ada kamera handphone je. Tu pun pixel memang tak power langsung. Kena edit guna photoshop. Ahh... betapa lecehnya aku rasa. Tapi kalau dah minat tu kan, takkanlah boleh give up begitu mudah kan??

Kini, dengan teknologi yang semakin moden dan canggih, segalanya di hujung jari sahaja. Tak perlu bersusah payah nak sharp kan gambar dengan photoshop, nak edit gambar bergerak dengan flash dan bersusah payah untuk upload download guna kabel yang banyak .. kini anda hanya cuma perlu klik satu butang dan gambar pun siap. Sedia untuk di masukkan ke blog!! Itulah kelebihan  SAMSUNG SMART CAMERA DV300F!!

Menangkap gambar dengan mudah dan amat berbaloi sekali dua kali dan berkali-kali sekalipun.. haha.. Menggunakan dual LCD. Di depan 1.5" LCD taww.. confirm boleh tangkap gambar yang cun melecun. Lepas tangkap gambar anda boleh terus muat turun gambar di Facebook™, Picasa™, Photobucket™ terus dari kamera!! JIMAT MASA dan TENAGA ye tuan-tuan dan puan-puan!  Tersangatlah canggih sekali! 

Selain itu boleh guna animasi Children Mode untuk tangkap gambar kanak-kanak. Serius! mudah sekali! Siap ada self timer lagi tu.  Kalau tak cukup kagum, korang boleh tangkap gambar dengan MELOMPAT KE UDARA!! Program Jump Shot 2.0 pada kamera ini akan menghasilkan Animasi GIF! Spesial!!!! ha.. terkedu tak??

Ha.. aku pun nak satu ni.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari di sini ye



Akulah peminat setia SAMSUNG!!
Skian