Posts

Showing posts from October, 2012

Ujian Buat Aku Ketika Mengandung Anak Sulung

Image
Salam, buat diariku, sudah terlalu lama rasanya tidak mencoretkan apa2 di sini. Mendiamkan diri agak lama. Bukan melupakan dunia blog, keadaan ku yang betul2 tidak stabil tidak mengizinkan aku untuk bercerita. Ya Allah, bukan mudah dugaan yang kau beri, tapi syukur Alhamdulillah.. Kau tarik nikmat kesihatanku, tapi kau berikan aku keluarga yang sangat menyokongku untuk teruskan perjuangan yang hanya tinggal lebih kurang 4 bulan ini sebelum tarikh bersalin. Suami yang sangat2 memahamiku dan sentiasa bersama ketika aku susah dan senang, mak yang tidak henti2 memberikanku kata semangat dan menjaga ku di wad ketika cuti, ibu mertuaku yang ku anggap tak tumpah macam mak ku sendiri. Ayah mertuaku yang penyayang, nenek, kakak yang menjaga ku di wad dan adik2 ku juga. Alhamdulillah..

Syukur. Buat masa ni, ibu mertuaku yang menjagaku, betapa mulianya hati ibu mertuaku tak terucap di sini dgn kata2. Menitis air mata bila terkenang jasa ibu dan ayah. Bukan mudah untuk melahirkan insan yang bern…