Tuesday, 21 February 2012

Baju Nikah 24.02.2012

Salam,

Semalam Zeti housemate aku nak amik ukuran baju badan sebab nak jahit baju nikah.. hehe.. kain sutera warna peach.

Sebelum zeti potong kain tu.. aku nak bergambar sebelum dan selepas.. pastu suruh kakak tangkap kan gambar.. Masa aku posing dengan kain tu.. punya tebahak2 dia ketawa.. hihi...

haha
Kasik tutup muka la.. haha

Kakak kata posing macam hantu!!

Bayangkan kalau dah siap.... wie wie
Tak sabar nak tengok baju yang dah siap tu.. aduhh!!!
Skian.

PRE-Wedding

Salam....
Ya.. lagi 3 hari ni.. erm cepat betul la masa berjalan.. bila terkenangkan hanya beberapa jam je lagi nak jadi bini orang.. oh my!! aduhh... macam ada kupu-kupu dalam perot tengah mengepak2kan sayapnya minta diberi makan Prosperity Burger MCDonale..ui ui sedapnya..haha semua perasaan ada.. gembira, takut, cuak, sedih, risau, mengeLABAH-LABAH dan sebagainya. Hi mana tak nya.. selama ni asik uruskan orang punya je.. tapi kalini.. sendiri punya pulak.. omakkk.. den takuit makk!

Tapi sibuk2 pun aku ni sempat jugak bergambar pre-wedding dengan en mukmin di Putrajaya. Memandangkan photographer kami pun free nak tangkap gambar.. ni ha hasilnya.. :) haha

Hati rasa berbunga2.. piu piu...
 
Paling suka gambar ni :) piu piu berlakon je..

ini tengah buat pengujian keempukan rumput yang baru disemai ye

cewah -cewah...

Sekarang ni nak kena bersungguh-sungguh menyiapkan semua perkara untuk majlis Sabtu ni.. doakan agar semua yang terbaik ye :)

Photographer kami : Facebook --->    Azhar Naim Photography
Skian

Sunday, 19 February 2012

Negeri Negeri Sembilan

Salam...
Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal. (sumber Wikipedia). sebenarnya bukan ada kaitan pun dengan apa yang aku nak cakap.. saje suke2 nak baca kat wiki.. hehe

Sekarang ni aku nak panggil Negeri Sembilan = Negeri Negeri Sembilan sebab negeri lain lain ada negeri.. habis tu takan nak cakap dalam ayat "ko nak gi mana?"  "aku nak gi The Royale Bintang di Sembilan" .. ko paham ke? bila ada orang panggil negeri sembilan sebagai sembilan je..ahh.. takperla kalau ko tak faham.. Minggu lepas aku dan rakan-rakan pejabat pergi bertugas di negeri sembilan. Lokasi menginap : The Royale Bintang Seremban. Sangat syiookkkk.. :)
Meh tengok gambar makan lagi nak tak?
Gula Melaka dan Kelapa.

Me me me

Ayam Goreng sodapp

Sup Sayur

Daging Rusa niee...

Ikan ni sodappp..

The Royale :)

Ha ha ha

Lepaking..
:) Skian makan.. hehehe

Saturday, 18 February 2012

Secawan Teh

Salam,
Ya saya dikampung yang indah lagi nyaman. Wah... seronok sekali rasanya dapat pulang ke kampung sebab minggu lepas tak balik.. hehe.. dah tua-tua pun homesick jugak. TURUK betul kan. Harini nak cerita pasal secawan teh.

Secawan teh menghilangkan dahaga
Secawan teh tersenyum ku gembira
Secawan teh menenangkan jiwa
Secawan teh menjalinkan hubungan mesra
Secawan teh  oh aku sukeeeee...

Supper Di Kedai Mamak

Lunch di Mohamad Chan, Bangi
Minggu ini aku juga berkesempatan berjumpa dengan bff aku.. lama sangat dah tak lepak dengan Nuren n Mino disamping nak bagi jemputan kad kawin. So kami lepak di Pappa Rich Sri Gombak. Aku minum secawan teh tarik dan hati rasa gembira sekali dua kali dan tiga kali sebab dapat ketawa terbahak-bahak dengan Nuren bersembang koleksi cerita hampir 4 bulan yang lepas .. hihi.. suke suke

Mai secawan ni aku punya
Inilah hobi mereka.. minum teh dan bergembire :)

She is My bff eva!
 Skian.

Saturday, 11 February 2012

Garden Restaurant di Alamanda, Putrajaya

Salam,
Semalam aku dan kakak (macam biasa bagi yang dah lama baca blog ni) JALAN-JALAN CARI MAKAN DI GARDEN RESTAURANT di Alamanda selepas kami membeli Tiket Wayang bertajuk mak cari anak yang hilang terjumpa di tepi parit bermain lumba itik.. hahha.. tipu tipu Tajuk : MAN ON A LEDGE. Syiok gak citer ni.. boleh dapat 4 bintang NOVA.

Berbalik cerita RESTORAN itu, dekorasinya amat manarik sekali iaitu betemakan TAMAN. Siap ada kerusi buaian lagi :) Ramai juga pengunjung yang datang di sini menjamu slera atau ber chit chat. Rasanya restoran ni baru sahaja dibuka.

Selai itu, hati ku rasa berbunga-bunga sebab banyak bunga dan daun bunga.. dan pasu bunga..dan kebanyakan perabot yang ada bertemakan Inggeris yang berbunga. hihi Macam Little White Cafe jugak. Meh layan gambar2 yang di snap.
 
BUNGA BUNGA MENGHIASI PINTU MASUK GARDEN RESTRON

COUNTER CAKE DAN BUAT AIR YANG BERBUNGA-BUNGA

MEJA SUDUT YANG CUTEE ADA BANYAK BUNGA!! NAKK!!

DAN BUNGA DALAM SANGKAR.. hihi.. kesian kau bunga hidup terkurung 
Ha..kan.. banyak betul bunga kan kan.. itu baru hiasan.. belum tengok makanan dan minuman berbunga lagi .. meh layan..
Iced Honey Lemon Tea and Mocha yang ada pengacau bunga
Bunga yang tengah minum air teh Nyummy yum yum.. serius shedapppppp!
Reasted Chicken.. Sedappp!!
Haha.. best kan.. pastu meh layan gambar kami.. hihi... :)
HADIK BERHADIK TERKUAT MAKAN SEKALI

WAITRESS SAMBILAN.. tengah carik duit phoket

Penternak Sarang Burung Layang-Layang berjaya di Malaysia
Posing sebagai Pemakan yang berjaya sekali
Gambar untuk dihantar ke agensi MODELLING.. haha

Posing tahan perut sakit ni.. muka tipu2 senyum gembira
Potret ini dinamakan KEGEMBIRAAN TERLAMPAU.. haha
Total RM41.20

Skkiiiyan.

Friday, 10 February 2012

SIAPAKAH NOVA LEEZA :) pi pi pi

Siapa Saya?
Saya adalah empunya blog yang beralamat : http://novaleza.blogspot.com/. Nama saya Nova Leeza. Umur .. belum mencecah 30, jadi diri mesti berasa masih muda dan remaja. Kulit, sawo matang, berhidung tinggi walaupun sedikit kembang di bawah. Walaupun begitu, diri perlu juga bersyukur kerana mereka selalu cakap.. “Awak ni manis”. Haha.. Ketinggian, pernah bercita-cita menjadi pramugari MAS kerana saya perasana saya tinggi, 164 sentimeter. Berat, perlukah cerita di sini? lebih sikit je dari 50 kg.haha Perwatakan, ceria, suka ketawa, suka berjenaka, serius apabila bekerja, dan mempunyai cita-cita dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi hidup yang penuh mencabar ini.
Bila saya mula berblog?
Soalan yang perlu dijawab dengan jujur, bermula semasa saya ternampak kawan sepejabat rajin menaip semasa walaupun kerja sudah habis disiapkan. Nama kawan saya adalah BRoFramestone. Bermula dari situ, saya bertanya “Apa itu kau buat?” dan “Apa itu Blog?” yeah, bulan 6 tahun 2008 saya mula berkecimpung di dalam industri blog. Pada permulaannya, ia adalah sedikit sukar kerana saya masih tidak tahu, apakah motif blog ini dicipta. Kemudian, apabila rentak dan lagu berjaya digubah, cewah cewah, saya merupakan blogger yang tegar sekarang.
Bila awak kenal Nuffnang?
Mestila pada tarikh yang sama. Saya juga seperti blogger yang lain, letakkan link nuffnang di blog masing-masing.Oh tetapi, mengapakah amount yang saya kumpul hanya beberapa sen sejak saya mula berblog? Ini kerana, saya berblog bukan kerana kaching kaching semata-mata, saya berblog kerana  hati saya berasa gembira untuk menulis dan coretan itu adalah dari perasaan dan akal fikiran yang mempunyai IQ seorang genius dan hampir mencecah 170.haha hebat bukan?

Apa yang awak tulis?
Saya akan tulis aktiviti yang saya lakukan setiap hari jika berkesempatan, makanan yang saya makan, tempat-tempat yang saya pergi dan saya juga adalah seorang kaki wayang, maka wajiblah setiap MOVIE yang saya tengok akan saya ulas dan bagi bintang yang bernama bintang Nova. Selain itu, saya juga gemar berkongsi tips-tips menjaga kecantikan. Contohnya, “Kenapa perlu Kolagen?”..” Kenapa perlu memakai masker”... Selain aktiviti makan, berjalan, menonton wayang, saya juga suka berkongsi cerita mengenai binatang kesayangan saya iaitu, Mimo dan Momo (2 ekor kura-kura) dan Jojo ( seekor Anggora). Jojo merupakan ahli keluarga saya yang baru, maka wajibla saya bagi perhatian yang khusus juga kepadanya.
Bermacam-macam-macam lagi yang anda boleh jumpai di blog saya. Ia adalah satu pengalaman yang baru dan pasti tidak akan mengecewakan!!

SAYA BOLEH GEMOK

DAN SAYA BOLEH KUROS DENGAN SERENTAK

Sekian,terima la kasih.

EVOLUSI

Salam,
Harini nak cerita pasal evolusi. Hadap jela ye! 

Evolusi adalah 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks

Manusia berevolusi mengikut peredaran masa dan zaman. Contoh evolusi .. masa bayi aku suka nangis, pastu kanak-kanak aku jadi buas, pastu budak sekolah .. aku jadi budak skema pakai spek mata ulat buku.. pastu remaja jadi nakal balik sebab ada junior.. pastu remaja tua kat universiti pengaruh rakan sebaya pastu dewasa.. mula belajar tanggungjawab pastu dewasa tua.. nak kawin pulak.. pastu..pastu .. pastu.. tua.. beriman dan beribadat dan beribadat.. haha. aminn...

(ini barisan ayat skema)Bagi aku berevolusi adalah baik kerana perubahan yang dilakukan mengikut masa, tempat dan kesesuaiannya.  Walaubagaimanapun, kita juga haruslah tidak melupakan sejarah yang pernah terjadi. Kerana mempelajari sejarah itu adalah bagus. Kita akan tahu asal usul dan perkembangan yang berlaku sebelum kita..

Walaupun aku ni bukanlah pengkaji sejarah ataupun pelajar pintar subjek sejarah masa sekolah dulu tapi aku tak pernah tidur subjek sejarah dan aku minat nak ambik tahu pasal sejarah tempat lahir aku iaitu Tanjong Malim, Perak. Kalau aku cerita pasal sejarah Tanjong Malim.. mesti ramai yang ngantuk .. so aku nak tampal gamabr2 evolusi Tanjong Malim bermula tahun 30 an..untuk mengimbau sejarah lamo-lamo..teringat kat arwah bapak aku.. Kau hado?


Tanjong Malim, Perak tahun 30-an
Masjid Jamek Tanjong Malim tempat aku bersekolah.. tadika islam

Stesen Keretapi Tanjong Malim, arwah ayah aku.. selalu bawak kami jalan2 di sini, pastu aku suka petik bunga kuning  letak kat jari macam  hantu..

Banjir Besar di TAnjong Malim pada tahun 70-an

Pekan Tanjong Malim dari Bukit Changkat Asa


Tanjong Malim tahun 80 an - 90 an

Gambar terkini aku tak ado.. tapi dah banyak perubahan. Ada setesen Komuter, ada Proton City, ada macam2 pembangunan baru.. di tamabh dengan IPSI yang dah di upgrade jadi UPSI. erm.. anyway.. I love u lah Tanjong Malim.. aku rindu kawan2 lama aku masa sekolah..ke mana mereka semua agaknya??..

Sekian.

Thursday, 9 February 2012

Aku Orang 'KLASIK'

Salam.

Situasi 1:
Kawan : "Isk kenapa pakai macam ni? pelik la"...
--------------------------------
Situasi 2:
Aku : "Wah.. cantikla.. erm.. nak belila"
Kawan: "Ha?? cantik ke? macam zaman dulu-dulu je"
---------------------------------
Situasi 3:
Kakak: "Tah ape2 taste.. tak cantik langsung!!"
Aku :"Erm.. biarla.. nampak klasik"
---------------------------------
Situasi 4 :
En. Tunang : "Ha.. benda2 macam ni u suka la.. nampak klasik"
Aku :"Senyum :)"
-----------------------------------

Sudah cukup membuktikan aku memang sukakan benda2 yang tipikal.. sebab corak, bentuk, design.. sangat significant. Yes.. i like it. Ceritanya, aku dan en. tunang pergi IKEA.. nak tengok2 katil untuk rumah baru kami. Mata dah terpaut dengan satu katil ni. Wah.. klasik betulla.. Waktu tu.. usha je.. bukan nak beli pun. Apa orang kata, ha.. survey dulu kot2 ada lain yang lagi berkenan. Tapi minda tidak dapat lupakan katil tu walaupun dah pergi beberapa buah kedai perabot.. erm.. pagi.. petang .. malam.. asik cakap pasal katil putih tu je.. Agaknya en tunang menyampah dah nak dengar cerita katil tu kan.. 

en. tunang: "Yela.. esok k ita angkat terusla.. la..hari2 cakap pasal katil tu"
Aku : "hehe... yeke.. yeay!! mesti  malam ni boleh tidur lena.. pi pi"

--------------------

Masa tengah tengok Youtube sambil tengk2 video baru.. tetiba terlintas satu video dari Cher LLoyd - Want U Back ft Astro. ha... gambar katil tu adalah sama dengan katil yang aku dah beli kat IKEA tu.. Ho My GOD!! O.M.G!!!.. same la.. pi pi pi.. nak kecoh nak kecoh !!
Sebijik... klasik dan putih ..

cantik kan.. :)

Oleh itu kesimpulannya.. aku tak kesah korang nak cakap aku tipikal atau klasik ..yang penting aku suka.. haha. Yea!

Meh layan video katil aku ni.. haha


Sekian. nanti nova klasik update lagi. Stay Tuned!

Wednesday, 8 February 2012

MAAF

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Tuesday, 7 February 2012

Bersantai Bersama Keluarga di Aquaria, KLCC wooooo!

Salam,
Yes.. jam menunjukkan sudah pukul 2.14 pagi. Aku masih tak tidur2 lagi wlaupun keadaan dah sunyi sepi dari riuh rendah atau hiruk pikuk di dalam rumah mahupun di luar rumah. Keluarga besarku baru sahaja pulang tadi ke Ipoh selepas seharian berjalan ke kotaraya Kuala Lumpur. Ohh.. memang menakjubkan sekali dan terbaik di dalam dunia. Kerana pelbagai peristiwa aneh, pelik, menyayat hati, kasihan dan sebagainya telah berlaku dan tak tercerita pun kat sini sebab boleh jadi 4 helai muka surat hanya boleh ditaip ..hahahahahahahahahahaha....

Tapi yang penting nak cerita .. harini kami pergi ke Aquaria KLCC. hehe.. Syiookkkk wooo.. pergi ramai2 sebab nanti tak dela malu kalau nak riuh rendah. hehe.. Yang pergi adalah.. pakcu dan makcu, pakngah n mak ngah, kakak (cam biasa), mami n faiz (cosin aku). Asalnya nak bawak faiz ni jalan2 KL sebab cuti sekolah.. abistu.. kitorang pulak yang excited lebih. ehehehehe...

meh layan gambar :
Ni cosin aku - Paeh
Ha pastu meh aku kenalkan pak sedara aku yang hensem lagi kacak ni..

Ha.. yang berlakon jadi spesis ikan ni PAK CU aku. haha
Manakala yang posing dengan buaya ni PAK NGAH aku... hahaha
Sekarang aku tahu genetik aku macamana... hahahaha
Ok seterusnya.. meh kita tengok apa yang ada dalam aquaria... jom

Yang ni Ikan PIRANHA...dia kata ikan ini berasal dari KEDAH.. nama asalnya ..
PI RAH HA -NG!
Next..
Yang hodoh sikit ini namanya ARAPAIMA..pernah dilanggar tayar lori. muka agak leper di situ .. hahaha
Ini ikan elektrik. ikan ini bagus kalau tak ada bekalan elektrik di rumah.. cuma kasik ikan ini makan..

Terumbu Karang.. Superb!!!
Abang JOS berenang atas kepala kau!.. ha... spesil
Keadaan dalam terowong ikan
Bergambar bersama Angkasawan Pertama di bulan.. haha..
Cara2 untuk sedot Jelly Fish..hahahhaa HODOH

jangan carik pasal!!
OK CUKUP!! sekarang buat muka comel pulak.. hihi


Pak Ngah n Mak Ngah
Kakak n Makcu

Sesi bermanja agar duit raya tahun ini dapat lagi walaupun sudah mahu berumah tangga :p hihi


Kakak pun sibok je nak manja.. ingat boleh dapat duit raya la tu..

Keluarga BESARKU!!
Sekian.  nanti saya update lg.