Wednesday, 7 March 2012

Alhamdulillah ... selesai sudah Majlis Akad Nikah ku :)

Salam,
Selesai sudah kedua-dua majlis perkahwinanku di Kampung ku dan Kampung Suami ku.. Lega sangat rasa setelah persediaan yang berbulan2 dilakukan selamat dilaksanakan. ..

Walau macamana pun Majlis Akad Nikah adalah hari yang paling mendebarkan. Owwh.. hati dan jantung macam nak tercabut sebab bergoncang terlalu kuat. Semua orang berpusu-pusu nak tengok dan bergosip pasal pengantin perempuan.. perkara wajib selain syarat nikah nak kahwin? haha... lalu.. perasaan kurang yakin pada diri sendiri meruap-ruap ke atas kepala sehingga menyebabkan otot kaki yang kuat menjadi longgar seperti sudah berpuasa selama 2 tahun 3 bulan 14 hari 5 jam 23 minit. ahhh...

Selepas berjalan melusuri ke bantal nikah yang dijahit cantik, aku mencari dimanakah si dia.. adakah kacak berbaju melayu sedondon bersamping kemas.. OMG OMG. Tok kadi mula merenung aku semacam seperti aku hutang 40 sen dengan anak dia..maka makin bergoncang kuat hati dan jantung meningkatkan suhu bilik menjadi 40 darjah celcius di dalam pakaian yang serba peach ini. Fikiran kusut dan aku hanya dapat mendengar mulut tok kadi terkumat kamit berceramah agama berkenaan isu rumah tangga sambil si dia khusyuk memahami butiran kata yang dimuntahkan oleh tok kadi itu... ahh... "ini tak boleh jadi ni... aku makin berpeluh-peluh ni"...

Kemudia, tangan di genggam erat dan digoncang kemas.. kedengaran laungan SAH!!! dan ucapan Syukurrrr Alhamdulillah kedengaran lalu kadar denyutan hati dan jantungku menjadi kembali normal dan . Inilah kali PERTAMA aku tengok si dia gementar sangat hingga kelihatan jelas di muka nya.. haha.. kenangan ini takan aku lupakan sampai bila2..

Meh layan gambar nikah n baju nikah yang dah siap tu. Gambar yang lain masih di proses.. InsyaAllah .. aku akan masukkan seberapa segera..

Majlis Akad Nikah

Ijab dan Kabul

Selamat sudah

Acara batalkan air sembahyang

Bff menemani si ratu sehari.. eh tiga hari..

Bersama keluarga abang ku
Kesimpulan

Doakan kebahagiaan kami berdua sehingga ke akhir hayat.. amin :)