Wednesday, 25 April 2012

MEE UDANG

Salam,
ha.. ni nak sambung cerita pasal mee udang. Selepas kami ke tepeng, kami pun bergerak ke Kuala Kangsar. Tapi dalam perjalanan tu kami nyinggah dulu makan MEE UDANG di Kuala Sepetang, Perak. Erm.. dengar cerita mee udang ni sedap sangat..  nak le jugaok teman mencubenye.. hehehe...

... hitam la gambar.. tak suke tak suke..

Teh O Ais Limau Satuuuuuu...

Ha.. orang kata Ada Udang Disebalik Mee.. ni lain tau.. Ada Mee Disebalik Udang.. hehe

Gerai ni agak jauh ke dalam.. kedai biasa2.. YANG PENTING MEE.. KAWW PUNYA!
HARGFA : SEPESIAL RM 12
BIASA RM 8

erm... teringin tak?? hahha..

k nak podah.
nanti update pasal Kuale Kangso lak

Taiping Bandar Warisan

Salam,
Minggu ini aku kena outstation ke Perak pula. Kali ini kami kena berpindah randah dari 
Taipng - Kuala Kangsar - Ipoh - Kampar - Lumut
Ha.. setiap hari berpindah2.. memang musafir betul ni. Pastu hotel pulak bertukar2.. hari2 kena unpack dan pack balik. erm.. penat la jugak.. tapi dalam penat2 tu seronok tau sebab berjalan2 pada waktu petang. 

Bangunan lama memang banyak.. dulu Taiping adalah ibu kota bagi Perak

Antik :)

Happy mode.. berseri2 je kan.. haha

Zaman dulu2 mesti ada jam camni kan

Pasar lama
Bila tengok pasar lama dia teringat kat aiskrem kepal yang mak aku selalu belikan masa kecik2 dulu.. kalau bagi sekarang ais krem kepal.. erm.. ewww tak sanggup kot... haha

Pasni kami mencari Mee Udang di Kuala Sepetang.. diorang cakap best.. esok aku update :)

k nak podah n tido. 

Sunday, 22 April 2012

Berkhidmat Untuk Negara

Salam,
Minggu ni aku kena outstation lagi. Kerja menuntut aku untuk keluar berkhidmat di luar pejabat. Walaubagaimanapun begitu, aku dan husben dah bincang awal2 sebelum kami kahwin. Alhamdulillah setakat ni dia faham kerja aku dan aku pun  faham kerja dia. Syukur alhamdulillah. 

Tapi kadang2 terasa jugak kesibukan ku menghalang kami untuk menghabiskan masa  bersama-sama selepas bergelar suami istri memandangkan aku kena outstation isnin -jumaat.. dan husben kerja shift.. kadang2 sabtu ahad kerja.. erm.. dapat bersua muka sekejap je.. tapi takperla.. yang penting persefahaman tu ada.. kan jenet kan.. (pujuk diri sendiri)

eh.. sebenarnya nak cerita pasal jurney di sarawak.. ni kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi bertuah di Sarawak. Tahun lepas dah pegi.. tahun ni pun berpeluang pergi lagi.. Tapi kali ini journey kami bermula dari:

KLIA -> Kuching = menaiki kapal terebang 2 j 30 m
Kuching -> Sri Aman = 3 jam naik van 
Sri Aman -> Kuching = 3 jam van lagi
Kuching -> Miri = menaiki kapal terebang 1j 30 m
Miri -> Kuching = menaiki kapal terbang 1j 30 m
Kuching -> KLIA = menaiki kapal terebang 2j 30m


OMG.. so tired.. jumlah masa = 3 hari

Cuaca Mendung semasa bertolak ke Kucing.. kapal agak bergegar..

Kostum semasa hari pertama.. yang penting pramugara tu  cakap  " Selamat Datang Cik!" hahhaah

Muka menyampah yang biasa dilihat

Masa masuk hotel kat Sri Aman.. ni ha bilik dia.. mengigil aku masuk.. Omai Aiii

Bosau bona ha..

Tak buleh jadi ni...

Simbol keamanan bagi Sri Aman atau dulu dikenali sebagai Simanggang

Malam tu cabut lari.. angkat barang masuk bilik member... hahahha

Pesta Benak adalah Ombak Besar di Sungai.. cari kat youtube.. mesti nak cakap .. wow.. hebatnya!

Bilik ku di Grand Continental Kuching.. yey.. sleep time after a long journey! hip hip hooray!

Tapi sebelum tido dari petang sampai esok pagi.. order makan siap2.. Chef Burger RM 18.00

Pagi esok sebelum bertolak ke Miri have breakfast dulu di Starbuck Airport Kuching

Berseri tak sebab cukup tido yang melampau lepas perut kenyang macam badak

Check in hotel di Miri... alamak apa nama dia.. sangat big n selesa.. cam nak guling2 je atas lantai
Ha.. tu la sedikit sebanyak yang aku leh kongsi.. satu tambahan pengalaman dalam resume hidupku.. Alhamdulillah aku sihat walafiat je sepanjang berada di sana walaupun kami berpindah randah.. Tq Allah.

Ok nak podah.. dah malam
sekarang kat Taiping.. nanti update lagik!

tata

UCAPAN TERIMA KASIH MEJELIS PERKAHWINAN KAMI:)



Layanla ye.. Sekian !

k nk podah.

Wednesday, 18 April 2012

DEKO DEKO DATANG KEMBALI

Salam,
Bukan senang nak buat pilihan untuk menghiasi rumah sendiri ni. Tambah2 terdapat bermacam-macam jenis  pilihan yang menyebabkan kita boleh rambang mata. Tapi yang penting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli apa2 barang.. pastikan anda sudah ukur baju di badan sendiri. Berikut adalah perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli barangan rumah:

1. Kewangan / Budget yang diperuntukkan
2. Saiz keluasan ruang yang anda ingin hiasi
3. Tema yang sesuai dengan citarasa anda
4. Kualiti barang yang ingin di beli
5. Persetujuan kedua-dua belah pihak (bagi suami istri)
6. dan Masa yang sesuai untuk membeli 

ha.. perkara-perkara ini anda perlulah anda pertimbangkan terlebih dahulu. Berapa banyak anda la...Kalau nak tema english kena la pilih perabot berwarna putih dan berbunga rose. Kalau bali, banyak guna jati. Tapi kena berhati-hati juga semasa buat pilihan, kalau terlalu banyak barang atau warna akan nampak serabut nanti rumah. Biar nice and simple.. 

Bagi aku pula, sebelum kami membeli barang rumah, sketch ruang saiz rumah di lakar dahulu, kemudian senarai barangan keperluan di buat. Senarai barangan tersebut di lakar di atas sketch ruang rumah. Agar anda  tahu barangan mana yang perlu diletakkan di tempatnya. Kemudian, survey harga dan setelah puas hati.. baru lah senyum2 buat muka comel kat bakal suami sambil berdoa yang dia faham kita suka perabot tu  :) hahaha

erm.. bukan senang jugak nak siapkan rumah untuk kehidupan selepas perkahwinan. Mungkin sebab kami berdua ni jenis yang cerewet dan detail.. masa yang diambil adalah 3 bulan sebelum kahwin untuk siapkan rumah. Kat bawah ni adalah sedikit sebanyak pilihan yang kami dah buat. Aku ni seorang yang agak privasi dengan ruang peribadi. Tapitakperlakaliniakukongsikanjugakuntukandamenjanaidea. pam x?

Katil ni memang cute sangat! tapi cadar... love love pink.. hehe... itu je yg ada.. yg ln dah kasi cuci

Rak kasut

Sudut meletakkan buku n chillout ya

Pilihan langsir hitam kelabu untuk ruang tamu
Red for the bedroom
Carpet untuk ruang tamu

Last but not least
A massage to him :) piu piu.. buat muka malooo

Ha.. amacam.. ada idea?

ok nak gi makan malam.. k tata

Tuesday, 17 April 2012

Village View Bandar Baru Bangi

Salam,
Restron Village View ni memang dah agak lama dah berada di tapaknya. Aku pun selalu jugak pergi ke sana suatu masa dulu. Atas sebab servisnya cepat kerana tukang masaknya ramai. Tapi sejak kebelakangan mahupun kedepanan ini aku dah jarang pergi ke sana sebab sekrang aku banyak makan kat rumah je.. apa lagi masakla. hehehe

Apa yang menarik tentang restron ini adalah keindahan pemandangannya.. Aku kan peminat binatang nombor satu dalam dunia. Kat restron ini ada kolam dan air terjun.. terdapat ikan yang berwarna-warni tu.. ohh cantik sekali dua kali.. Pastu tertulis kat depan kedai tu.. "Dilarang memberi makan kepada ikan!"

Tapi masakan aku dapat menahan diri daripada merasa teruja melihat binatang. Aku bukan bagi makan, aku cuma tertumpah secara sengaja biji barli ke dalam kolam.. haha.. Memang aku akan order air barli sebab nak bagi ikan makan. Bila ikan makan.. banyakla ikan yang akan datang ke tepi meja aku tu.. hik hik.. comel kan perangai..

bleh duduk kat atas jugak kalau nak feel kampung
Ha.. nampak tak ada ayaq terejoon
Ha.. air barli ni la yang aku selalu order

Cantek kan ikan ikan di sini... happi happi

Saya cube tiru muka en husben senyum.. jadik tak??
Haha.. same tak?
Ini adalah petaa lokasi ke Village View..
Slamat mencoba.. 

Menu :
Nasik puteh 2
teloq dadar
Ayam masak pedas
Kerabu mangga
Air teh o dan barli

Jumlah : RM 17.00

Skian

Saturday, 14 April 2012

CHOP AND STEAK KAPAL KAMPUNG BARU, KL

Salam,
Mulut rasa teringin sangat nak makan steak.. uh.. maka kami berdua pun pergi ke Pavilion KL. Jam dah menunjukkan sudah pukul 10.30 malam.. dalam hati.. "harap-harap sempat".. tapi rupanya dah tutup dah sebab hari bekerja sampai pukul 10 je. erm.. sedihnya.. baru teringin nak makan TGI Friday's. 

Habistu macamana? mulut aku dah macam itik boleh gantung teko jenama Romantika alamak.. sedihnya.. dah terbayang-bayang tadi keenakan steak sedap dan nampak lazat yang sedang dipotong. Ohh.. hampanya..

Husben "Jom kita makan kat kapal kampung baru nak?"
Aku "Sedap ke?"
Husben "Kena la cuba dulu"
Aku "OK.. YEAY!"

Jom tengok..

Spare Ribs

Lamb Leg

Barley n Mango yum yum

Pose senonoh Nova lepas makan .. hihi

Hehe.. dia suka buat muka kelaka macam ni
Spare Ribs RM 18 ++
Lamb Leg 12 ++
Total 33 ++

Komen : ok la.. :D nice place

Skian.

Berenang Boleh Kurus

Salam,
Berenang adalah satu aktiviti untuk kesihatan mahupun rekreasi. Berenang juga mampu membuatkan hati rasa gembira dan bahagia. HA HA HA...Aku juga sejak dua menjak ni rajin menemankan husben aku pergi berenang. Kolam yang paling dekat adalah di Presint 16 atau Presint 11 di Putrajaya. Aku kan mana penah tahu berenang kan.. tenggelam aku reti la.. haha

Memula tu memang aku takut nak masuk kolam, maklumlah kita ni tak reti berenang. Tapi lepas dua tiga kali tenggelam timbul akhirnya, boleh jugak aku mengapungkan diri.. Memang excited betul aku. haha... siap sengeh2 cam kerang busuk dalam kolam tu sebab berjaya berenang BACKSTROKE dari hujung kolam ke hujung kolam sana. OMG OMG! Akhirnya.. tak sia2 laki aku humban aku ke dalam kolam.

Sekarang ni tengah belaja nak buat renang FREESTYLE.. lepastu nak belaja BUTTERFLY STROKE pastu BREAST STROKE last sekali nak buat RENANG BERIRAMA.. har har har

Hobi baru ni memang seronot sekali.. maklumlah.. dah tua2 ni baru nak belaja.. mase dedulu takut.. duk tepi air je.. kepada yang memang dah pandai berenang tu.. rajin2 la ke kolam.. memang bagus aktiviti ni.. sebab hampir semua otot badan digunakan semasa berenang.. baguskan.. ok la nak terjun kolam.. tata..

Semangat kan! haha
Husben : "Kenapa u tak ambil gambar abg masa dalam kolam? Baru nampak macam hero remaja skit"
Aku : "Ye la bang.. macam HERO REMAJA la, sambil tangan di bahu dan mata padang ke atas" haha.. pasan

Skian

Wednesday, 11 April 2012

Perempuan-Perempuan Cantik Terjumpa Mawi World

Salam,
Haritu kami makan bersama2 di Mohd Chan di Bangi.. bersama Kak Lina n Ira..
Masa tengah makan terjumpa pulak dengan MAWI WORLD.
Masa ni rumah dia masih belum kena rompak lagi.
Mawi kan duduk area bangi.. so tak la terkejut berok camana dia boleh ada kat situ lak kan.
Aku tak bergambar pun .. Kak Lina yang minat kat Mawi je yang bergambar.. so inilah gambarnya..

hehe

Maintain cantik walaupun anak dah 2..

Ira.. (sila jangan mintak nombor telefon ye)


Ta Da....

Ini feveret makanan

Dan ini juga feveret

Dim Sum = RM 3.80 ada 3 bijik


Skian la sahaja.