Wednesday, 27 June 2012

YUNA

Salam.
Kalau nak tahu saya ni memang salah seorang peminat Yuna. Sbb lagu dia adalah sangat memberikan inspirasi dan semangat kepada saya ni.
Jom layan interview ni.. dan lagu baru dia.. memang best!!


Ni lagi satu.. beshh!!


Yang kelakar giler tu, untuk Video kedua tu.. pengkomen-pengkomen kat youtube tu.. siap gaduh-gaduh pasal Yuna. Yang si  mamat ni duk kutuk giler kat Yuna ni.. yang minat kat Yuna pulak, naik hanginla .. perang siber!! perang siber!!..hihi
ni ha diantara petikan gaduh tu :

"bontot ayam pun pandai ckp BI.. sbb tu bontot ayam kena offer mat saleh wat KFC. Setakat kena sponsor tpi jualan album x sehebat, adele, x usah lah dibanggakan jaguh kampung ni.... BOOOOOO"

Tergelak2 aku baca.. tak caya gi la tengok.. hihi

Skian.

"Maafla tak dapar preview video kat sini.. nanti lambat blog ni"
"Korang klik kat klik tu ye!.. pastu jangan lupe cam besa jenguk jengukla iklan kat bawah ni.. hihi"

Friday, 22 June 2012

REVIEW SAMSUNG SMART CAMERA DV300F

Review Samsung DV300F!!

Sebagai seorang blogger, kamera adalah satu alat yang sangatlah diperlukan ye tua-tuan dan puan-puan. Aku masih ingat lagi 3 tahun lepas, semasa aku baru berjinak-jinak dengan dunia blogging, aku hanya ada kamera handphone je. Tu pun pixel memang tak power langsung. Kena edit guna photoshop. Ahh... betapa lecehnya aku rasa. Tapi kalau dah minat tu kan, takkanlah boleh give up begitu mudah kan??

Kini, dengan teknologi yang semakin moden dan canggih, segalanya di hujung jari sahaja. Tak perlu bersusah payah nak sharp kan gambar dengan photoshop, nak edit gambar bergerak dengan flash dan bersusah payah untuk upload download guna kabel yang banyak .. kini anda hanya cuma perlu klik satu butang dan gambar pun siap. Sedia untuk di masukkan ke blog!! Itulah kelebihan  SAMSUNG SMART CAMERA DV300F!!

Menangkap gambar dengan mudah dan amat berbaloi sekali dua kali dan berkali-kali sekalipun.. haha.. Menggunakan dual LCD. Di depan 1.5" LCD taww.. confirm boleh tangkap gambar yang cun melecun. Lepas tangkap gambar anda boleh terus muat turun gambar di Facebook™, Picasa™, Photobucket™ terus dari kamera!! JIMAT MASA dan TENAGA ye tuan-tuan dan puan-puan!  Tersangatlah canggih sekali! 

Selain itu boleh guna animasi Children Mode untuk tangkap gambar kanak-kanak. Serius! mudah sekali! Siap ada self timer lagi tu.  Kalau tak cukup kagum, korang boleh tangkap gambar dengan MELOMPAT KE UDARA!! Program Jump Shot 2.0 pada kamera ini akan menghasilkan Animasi GIF! Spesial!!!! ha.. terkedu tak??

Ha.. aku pun nak satu ni.. kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari di sini ye



Akulah peminat setia SAMSUNG!!
Skian

Cara Buat Duit Dengan ChurpChurp

PERHATIAN!!


CHURP2 TELAH MEMBUAT PEMBAHARUAN PADA PAGE MEREKA, UNTUK CARA MENDAFTAR DAN MENGGUNAKAN CHURP2 YANG TERBARU SILA KLIK DI  BAWAH --> CARA MENJANA DUIT DENGAN CHURP2

Salam,

Aku sebenarnya pun baru je belajar pasal ChurpChurp ni. Tapi bila semangat tu datang nak belajar apebendanya churp2 ni maka akhirnya aku berjaya juga mendapat sekupang dua dari burung biru ini. Dalam seminggu ni aku dapat dah RM 3.50 maka aku pun kecohla satu ofis aku dapat duit 3.50 tu kan.. 

Kawan aku : "Haa? 3.50..? kesiannya ko ni.. takper2 nanti aku bagi 3.50 tu" 

... itulah respon yang diterima.. :( .. hahahaha.... 

K takper2 kita buat percubaan tengok sampai sebulan ni aku bleh dapat berapa kupang kan. Caranya mudah je.. benda ni pun aku dah aja kat opis mate aku yang berminat dengan pendapatan aku yang 3.50 kupang tu.. hehe..

1. Caranya memula ko kena daftar kat sini : klik gambar ni tau! 

churp churp registration

2. Kalau ada akaun "FACEBOOK" atau "TWITTER" , boleh register terus guna akaun yang dah sedia ada tu kan. Masukkan je emel dan password facebook atau twitter.

3. Bila dah masuk, paparan berikut mintak korang isi detail. Tapi kalau takda, boleh pergi kat sebelah KANAN - ATAS - NAMA KORANG - MANAGE ACCOUNT - GENERAL.

Contoh borang nak isi tu camni:



4. Pastu save atau update button tu k.

5. Then dah siap pergi pada SEBELEH KIRI ada menu REWARDS

6. Klik pada mana-mana iklan yang diletakkan pada akaun korang. contohnya camni :


7. klik mana2 satu iklan yang ada perkataan SHARE NOW.

8. Pastu korang isi ruangan "KONGSIKAN MESEJ INI (atau peribadikan mesej sendiri). Boleh isi ayat sendiri. Pastu Simpan.


9. satu link akan muncul di "SHARE YOUR PERSONAL CAMPAIGN LINK ON ANY SOCIAL PLATFORMS OF YOUR CHOICE". Ha maksudnya, boleh share copy n paste link kat Twitter, Blog, Facebook, Yahoo Messenger atau Email dah jika kawan anda klik atau tengok iklan tu, maka dalam akaun ada akan masuk sekupang dua. Lagi ramai kawan-kawan klik lagi masyuk. 

10. Selain itu, boleh jugak auto share, tu kena set kat bawah page tu. Ada function autoshare. Lagik senang.

Harap paham la.. aku pun baru je nak belajho menda ni kan. Kalau ada pertanyaan leh komen kat bawah atau emel i. Kaya nanti jangan lupa belanja i k.. hihi..

Skian.

PERHATIAN!!

CHURP2 TELAH MEMBUAT PEMBAHARUAN PADA PAGE MEREKA, UNTUK CARA MENDAFTAR DAN MENGGUNAKAN CHURP2 YANG TERBARU SILA KLIK DI  BAWAH --> CARA MENJANA DUIT DENGAN CHURP2

Thursday, 21 June 2012

LADIES NIGHT

Salam, 
Sambil menonton OnAir kat Astro Ria, sambil taip post baru untuk blog. Siap ada kontroversi lagi kat dalam On Air tu, dasyat tul siap gaduh-gaduh lagi... Sesi luahan perasaan bebudak lelaki perantis tu yang botak tu siapa nama dia ha HAFIZ, siap meleleh-leleh air mata lagi. haha.. kelaka pun ada. 

Ha dah pulak dua-dua nangis.. siap marah2 mengamuk ni. Aduh.. PERGH GILA! panas ni. Best jugak kalau ada yang wresting dalam On Air, mesti masuk headline Metro. haha.. 


----------------------

Berbolak balik kepada cerita pasal LADIES NIGHT, lokasi di Pusat Karaoke Alamanda. Tempat feveret kitorang melepaskan perasaan dan berhibur. Malam tu, habis aku angkut semua anak orang, mak orang, kakak orang semuala.

Dulu, kami pernah ke sini bawak 2 budak kecik ni, tapi si Amanda tu punyala takut sebab bising dan gelap, sejam tu dia peluk mak dia je. Ni dah besat skit ni, dia pulak yang excited terlebih. Memang dia conquer habis microphone tu. haha.. Diantara lagu yang dimainkan  adalah ABC, 123, London Bridge is Falling Down, haha.. dan lagu kanak-kanak yang lain..

k Jom layan gambar.

Suka giler gambar ni.. bebudak dua orang tu semangat nak posing
Aku dah terbalikkan gambar ni. aduh.. napa tak bleh ni, makan kat Black Canyon dulu
Teh.. feveret RM 5.50 tu
ha.. nyanyi Manda nyanyi
Posing ini bertajuk "K balik dulu ye.."
Tiru muka kemek cam Taukey... alamak tak jadi
Sebelum kita bungkus ni ada video Tajuknya "Adik golek gelek dangdut" haha.. layanzz


Skian.

Tuesday, 19 June 2012

PIZZA and MAMA

Salam,
Sabtu lepas aku balik kampung memandangkan husben cuti. Husben aku ni susah skit nak cuti, selalunya Sabtu & Ahad dia kena gi kerja. erm.. so aku pun mengambil KESEMPITAN ini untuk pulang walaupun sebentar cuma. cewah..

Malam sabtu tu, mak aku tak masak pun disebabkan perangai aku yang cun ni. Buat suprise la kekonon kan. Aku dah pesan kat kakak n husben supaya jangan bgtahu sesiapa pun kita nak balik kampung ni! Sampai je kat TOL PLUS, aku pun telefon mak, buat-buat la macam kat KL lagi, baru bangun tidur, tak makan lagi la tah ape mak aku kelentongkan. " Takperla.. minggu depan balik la... " sayu pulak suaranya aku dengar..

Maka telefon diletakkan, aku pun sampai tepat pada masanya depan pintu gate rumah.. aku nampak mak baru nak pegang penyapu..


Mak : " **** toooot.... *maaf terpaksa di sensored
pastu sambung Ya Allah! budak bertuah ni !!!! " 
Aku : hahahaha... dalam hati, nasib baik tak kena hempuk dengan batang penyapu tu.. 


hahahaha....

Disebabkan surprise aku tu, mak aku takda la masak beria-ia macam selalukan.. " Ha.. tu lah tanak bagitahu awal-awal, mak tak masak apa-apa pun!!! "  geram betul nampaknya mak aku ni.. kiki nasib baik ada PIZZA HUT. yeay!

SODAP NI SODAP

PIZZA N MAMA

Anak bertuah mak! haha ampun mak!

Kesimpulannya, hati ini rasa happy sangat sebab kepulangan kami membuatkan mak n nenek ceria dan gembira sepanjang 2 hari ni..

Skian, love u mak!!

p/s: kalau anda juga gembira klik iklan di bawah , di kanan mahupun diatas ni ye .. tq

Monday, 18 June 2012

Majalah MIDI, Karangkraf

Salam,
Semenjak 2 menjak ni kan.. sejak boleh online 24 jam dengan adanya GTab ni, makin menjadi-jadi lah pulak aku ni kan. Asik online jerk. Ha.. kalau tak online, main game.. haritu gila main memancing ikan. Dah puas mancing, main game The Sims pulak. hehe..

Oh ya, sebenarnya nak cerita pasal haritu masa kat ofis, aku terima satu emel.
"Salam, saya **** dari Karangkraf, saya terbaca blog anda. Boleh saya tahu berapa usia anda? Jika bersesuaian, saya inginn interview anda untuk ruangan HOBI dalam majalah kami"

eh.. betul ke ni? dalam hati cam rasa gembira sungguh.. tapi perbualan tu belum di jawab lagi so tak leh excited sangat. "Umur saya ** tahun puan" 

"Kalau macam tu belum cukup umurla untuk masuk majalah kami"

Oh.. ic.. :) erm

Selepas perbualan kami berlanjutan, penulis berkenaan mencadangkan agar ibuku menggantikan tempatku untuk masuk ruangan tersebut.. wallawehh!!! bestnya! hihihi...

Dengan sepantas petir aku telefon mak. "Minggu ni saya balik mak! ada projek ni" Mak pulak bingung je.. tak paham apa yang aku cakap.

Panjang juga perbualan ku dengan penulis ini. Memang beliau adalah seorang penulis yang berpengalaman. Respek cara dia menyusun ayat. Amat tertib sekali. Pernah memenangi Anugerah Penulis Terbaik Rencana Bahasa Melayu Tahun 2007. Kagum sekali.

Meh layan gambar mak i posing.



hehe..

Bila dah siap photoshoot mak, aku pun menulis jawapan2 kepada soalan2 puan penulis Majalah MIDI itu.

"Terima Kasih!
InsyaAllah artikel berkaitan ibu awak akan keluar dalam majalah MIDI isu 15 Julai"

Syukur alhamdulillah. jom pakat beli Majalah MIDI.

Glamer mak i taw!

Wednesday, 13 June 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam,
Ya, aku kesibukan untuk minggu ini, bukannya sengaja melewatkan update blog tapi sebab aku ni ada kerja penting sekali di dalam dunia ini yang aku kena laksanakan sehingga selesai. ha.. penting ke tak penting hanya aku, kak lin, kak cah n kak sherry sahaja yang tahu taww.... cewah.. go girls! go girls!

Lepas ni bolehla aku taip blog ni sehari 5 post. haha.. pasan..

next.

Ya, berbalik kepada topik yang sedang hangat diperkatakan sekarang ni ya saudara saudari, aku sebagai wakil kepada penduduk beringin rendang ingin mengucapkan sekalung, 2 kalung, 3 kalung dan berkalung-kalung tahniah kepada Pengantin Baru iaitu EN SHAHRUL DAN PUAN AYU.

Memamg mereka adalah pasangan yang cute, serasi dan manis dan baik hati dan peramah.. Tahniah ye Ayu.

p/s: Sebenarnya En Shahrul ni peneman suami aku masa husben aku memula sekali nak datang umah parents aku kat kampung.. terima kasihla en Shahrul kerana sudi teman abg saya masa nak jumpa mak saya aritu. jasa mu ku kenang!

Semoga mendapat baby cecepat ye ayu :) Terima kasih kerana sudi menjemput kami :)

Meh layan gambar.

LIZA-LINA-LIZA.. ha 2 liza ni

Jemil n Liza (ibu yang mengandung)


Selamat Pengantin Baru :)

Selamat Selamat Selamat

Altonto de alfonso de Nova.. hihi

Best giler gambar ni nampak kuros .. suke suke

Besama incik husben :) meow meow
Skian. Tah Ni Ah .

Monday, 4 June 2012

Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi

Salam,
Dekat Bangi ada Restoran Makanan Jepun yang best tau. Mesti ada yang tak tahu sebab restoran ni macam terpencil skit. Walaupun begitu.. makanannya memang terbaik la. Tak payah banyak sangat cakap atau buat Dialog.. Jom tengok nak?

"MIYAGI"
Green Tea yeah.. memang feveret la.

Sushi

Ikan Tenggiri Set

Salmon Set

Set Daging Kambing
Ha... sedap tak? 

Chadeq n Nova

Kakak Cun n Nova

Kakak Cun n Kakak Berkaca Mata

Pose Depan Kedai
Total 5 orang makan = RM 190.00
Satu set makanan dalam RM 35 - 45 la..
Lokasi : Sederet hospital Azzahra dan Pakar An Nur
Thanks Kakak Berkaca Mata sebab belanja kami semua!! lenkali blanja lagi ye! hehe

Skian makan.

Sunday, 3 June 2012

LIKI-LIKI DANAU KOTA

Salam,
Harini dengan rasminya aku dah register akaun Churp Churp.. gaggaa.. slow giler bab teknologi ni. Padahal nama je budak IT kan. aku cam tak paham sebenarnya konsep churp2 ni.. tapi takperla.. buat jela akaun. Kalau ada sesiapa yang mahir mehla tunjuk aja cara nak guna churp2 tu. cewah..

Ok. Sebenarnya malam ni eh silap.. dah pagi la.. aku nak cerita pasal makan di Liki-Liki Danau Kota. haa.... memang kerja aku n kawan2 kalau nak buat reunion or celebrate pepe kat sini lah port nya. Sebabnya adalah tokeh kedai tu memang agak ngam dah ngn kitorang, biasala pengunjung setia. ha.. beberapa hari yang lepas, tujuan kami ke Liki-Liki adalah untuk menyambut hari lahir En husben. cewah.. so panggil la kawan2 datang. Tapi sedih sekali, ramai pulak yang tak available. Takperla.. tahun depan kita plan awal2 ye.

Nak dijadikan cerita, aku ni bukanla jenis yang hari-hari tengok kalendar kuda. Kalendar kat PC pun aku buat2 tak nampak je. So mengikut agak-kan & pengiraan aku, hari 'kejadian' adalah hari kelahiran husben aku. Semangat betul aku ni duk nunggu jam Pukul 12 malam tak tido2 cekang mata layan Karoot Komedia. Padahal laki aku dah tertido nyenyak je depan TV.

Ting.. ting... jam pun berbunyi menunjukkan sudah masuk 12 bermakna tarikh dah masuk 1 jun 2012 = besday laki ku,

"ABANG!!!!.... selamat hari lahir!!!.. diikuti dengan nyanyi Happy Besday to u.. oleh aku secara mengejut di telinganya"
"Nah amik ni kad besday.. khas buat abang"

Maka, laki aku yang tengah mamai pun bangunla mengesat muka nak baca kad walaupun masih terkejut dengan nyanyia besday yang tak sedap langsung siap rasa cam nak kaki kan je.. haha

Husben : "Ala.. comelnya kad ni, trima kasih" "K esok kita sambut ye.." sambil bercakap sambil merebahkan badan kat depan tv balik sebab nak sambung tido balik.. 

Takperla.. tido la.. besday boy kan..

Ke Esokan Pagi

Telefon husben aku berbunyi beberapa kali, lalu kedengaranlah suaranya..

Aku : "Abang, harini 31/05 la.. so bukan besday abang la!!"
Husben : "hahahaha... yerla.... esokla besday.. i belum join u lagi laaa.." (cis,dalam makna tu!)
Aku: "habistu.. orang tunggu kul 12 malam tadi siap dah bagi kad nyanyi2 happy besday semua tu kira batal la?
husben: "ha ah.. yela.. malam ni kena nyanyi sekali lagi ye!"
Aku : ceh!...........................................................+@#$%&^@!


Meh layan gambar sambutan besday :

Liki-Liki.. Kili Kili..
Yey! Nuren pun ada taw!!
Aku memang lapa sangat ni.. jom makan
Tiga kawan baik.. hihi
Kakak n Manda
Semua yang hadir kecuali Kakak sebab dia tangkap gambar..
Manda yang cute
Nova dan Rayyan... kekenyangan ni
Nova n Kakak Love 4 ever!
BesdaY Boy n me... Oh yeah!
So itu sahaja cerita besday.. skian.. trimas!
 C U!

Friday, 1 June 2012

NAIK KUDA MACAM QABIL AMBAK DI BUKIT TINGGI

Salam,
Ha.. pernah naik kuda ke? Kalau setakat naik pastu turun adala.. kalau tunggang kuda bawak gi jalan2 tu tak pernah. Apabila jawapannya tak pernah, pasti dalam hati tu teringin memberontak-rontak nak naik. Lepastu jalan2 pulak dekat kawasan yang memang ada package tunggang kuda. ha! apa lagi coba kau coba. coba kau lihat.. eh termenyanyi pulak. hihi.

Yey! Naik kuda!  yey!.. best tau. Package dia boleh tahan la.
10 minit = RM 25.00
30 minit =  RM 75.00
pastu.. ntahla tak ingatla.. ni pun aku tanya laki aku .. ingat pulak dia.

Sebelum aku update blog ni aku dah upload gambar kat facebook dah sebab husben aku semangt betul suh upload kat FB.. hehe pastu masa sembang2 tengah siap sedia nak naik kuda tu kan tu kan kan..

Suami : "Macam Qabil Ambak tak?"
Aku : " haha.. Qabil Ambak?? Yela Bang.. sebijikla..(sebenarnya dalam hati tak ingat pun macamana rupa qabil ni tapi sebab husben blanja naik kuda so cakap je la ada kan hihi jahatnya)
Suami : Tersenyum... sambil betulkan topi
Aku : haha.. yela..sama sama.. (hihi.. amik hati)


Kalau dia Qabil Ambak.. aku nak jadi Qabilah Ambok la.. hihi nak jugak nak jugak
Ceh Ceh.. cam ada gaya tak? alamak pasan la
Ceh ceh..
Pastu kan .. si Kuda ku ni kan asik nak makan rumput je.. tamau bawak aku jalan2.piat kang kuda ni.
Ha.. tula rugi tau kalau tak pergi ke Bukit Tinggi ni.. erm..jeles kan kan? haha..

Nah amik ni Qabil Ambak.
A ah la bang..sama la cam muka abg.. hihihi...

Skian.. terima kasih semua sebab layan saya mengarot komedia. tata

BUKIT TINGGI, KARAK, PAHANG

Salam,
Hari ini aku nak mencoretkan peristiwa paling gembira dalam hidup ini yang telah tersemat ni. hahaha.. Masa tu kami berdua dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuantan kan.. so memang aku ni dah lama dah nak menerjah ke Bukit Tinggi ni tapi tak berkesempatan. Jadi.. alang-alang menyeluk pekasam biar ku kasam kasam kan je si kasam tu.. haha...

Memula ingat kawasan Bukit Tinggi tu macam besar je kan sebab tengok dalam magazine semua kan.. rupanya tak besar sangat tapi menarik untuk dikunjungi. Haa.. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di situ.. nak tahu.. jom kita tengok..

Ni la Kota Colmar Tropicale

Kat jalan bawah tu ada Black Swan

Pastu ada jugak White Swan
Ha.. menarikkan.. ini baru cerita pasal Swan.. cantik swan ni dah la tu besar pulak tu..

Ok next adalah :

"Menjaga kuda-kuda ini adalah hobi saya.. mereka amat jinak sekali"

Pemandangan di dalam KOTA

Lepastu kita buat acara makan-makan di Colmar.. oh yeah

Harga dia dalam RM 25.00 ermm.. kalau nak makan di sini bawak duit banyak skit sebab mahal2 semuanya

Muffin ni best.. sedap je.. nyum

"Saya sayangkan kuda saya.. mereka tidak boleh tidur kalau saya tidak dodoikan mereka"

Mrs Nova Kur Jokovic
Erm.. menarik bukan pemandangan di sini.. nak tahu apa yang boleh dilakukan di sini tak?

BERKUDA.. kuda ku lari gagah berani..

Adventure PArk ni best jugak kalau pergi ramai-ramai

Paint ball pun ada
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini tapi memandangkan ini bukannya Laman Web Rasmi Bukit Tinggi kan haha.. jadi 3 jela yang aku tarok kat sini.

Lepas tu selain itu aku dan husben pun apa lagi.. posingla.. meh meh jom pakat menyampah. hihi

Topi untuk dijual

Jom pakat tolak ramai2.. haha

Okla.. merepek2 dah ni.. pastu nanti nak cerita pasal naik kude. nanti jangan lupa datang selaloo k!
Skian.