Monday, 30 July 2012

JOHOR PREMIUM OUTLET (JPO)

Salam,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan buat semua rakan-rakan sekalian. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan di dalam bulan yg baik ini.

Ha.. Ni nk sambung cerita skit walaupun agak terlewat skitkan kan.. Masa aku balik dari Johor tu, kami sempat nyinggah di JPO di johor. Erm.. Ingat nk usha- usha je kan.. sebab dah berabih sakan dekat USS tu kan. Tapi, bila dah sampai, lain pulak jadinya. Mana tahan SALE giler giler punya la... Isk isk ingat nk lepak sejam.. Ter berjam-jam pulak.. Hihihhihi

Pastu dh tersedar sebenarnya nk datang kenduri kahwin si Hafiz kat Muar.. Hamik kul 5 petang jugak baru aku sampai. Nasib baikla si Hafiz ni tak kesah dan makanan pun masih ada.. Tahniah Hafiz, walaupun dah berminggu ko kawin.  Semoga cecepat dapat anak ye.

Buat semua rakan-rakan aku nasihatkan jangan pergi ke JPO ni sebab nanti korang tanak balik.. Hahaa.. Tempat ni memang berhantu.. SALE memang tahap babun. Serius.
Pastu nk maklumat lanjut bleh layari » http://www.premiumoutlets.com.my/

Okla. Skian.

Kedai Sokelat

Mummy

:)

Mummy n Kakak

Hafiz dan Istri terchenta

Ok.Tata

Tuesday, 10 July 2012

Panduan ke Universal Studio Singapura (USS)

Ha... memang duk terpikir bila nak update story ni.. dah berapa minggu delay ni. Ada sesuatu perkara yang telah berlaku dan menyebabkan aku tak berkesempitan untuk mengupdate. Nak tahu apa kenala baca sampai habis ye.. hihi

Ya, minggu lalu aku dan suami serta sanak saudara tercinta telah merancang satu percutian ke Universal Studio Singapura (USS). Ini adalah hasil INFLUENCE dari Kak Sha yang baru pulang dari sana. erm... memang aku ni cepat terpengaruh, tambah kalau ko cerita tu macam best giler la. Lagi satu sebab adalah kerana officemate aku kawin kat Muar Johor. Jadi, kami ni tidakla menyusun rancangan yang strategik, gamble je.. 

Oleh kerana aku dapati tak banyak info dari blog-blog cara terbaik untuk sampai ke USS, maka aku pun menulisla sedikit panduan ini bagi yang berminat dan merancang untuk ke USS.

1. DUIT 
Pastikan duit simpanan anda cukup untuk ke Singapura. Kalau nak sedap belanja tak kurang dari RM1500. Tukaran dolar-ringgit adalah $10 dolar bersamaan RM25, so kalau bawak 1500 dapat dalam $600 dolar. Kalau $ 600 kat sana tu malacam RM 600 kat Malaysia.. ha cukupla kan.

2. PENGINAPAN
Hotel ni kalau boleh ko tempahla awal skit. Aku menginap di Hotel Aman Sari, JB. Memang dekat sangat ke Taxi stand untuk ke Singapura. Belakang hotel tu je, so tak payah susah2 nak pikir Parking kat mana, jalan 3 minit je dah sampai. Selain Aman Sari, ada lagi Hotel lain, macam Citrus. Kalau amik hotel yang jauh skit dari Bandar JB, ko kena pikirla nak parking kereta kat mana nanti. Harga hotel yang aku menginap tu dalam RM 140 semalam.

3. PENGANGKUTAN
Pengangkutan ke Singapura ko boleh pilih nak naik apa, Teksi, Bas, Keretapi.. apa2 la asalkan hati sendiri rasa gembira kan. Aku naik Teksi je sebab aku angkut sekali mak aku. Kalau naik Bas ko kena jalan jauh nak ke Imigresen Johor ye, sebab bas tak masuk sampai ke Pejabat Imigresen. Patu ko kena turun naik bas dalam 3 kali jugak tak silap aku sebab ko kena panjat pulak Imigresen Singapura, pastu ko kena turun naik sekali lagi untuk checking barang2 yang ko bawak. Ha.. agak leceh skitla. Aku naik teksi, ko duduk je dalam teksi tu, cuma perlu buka cermin tingkap je. Semua beres. Tapi mahal skitla satu teksi dalam RM120. Bas murah je, tak sampai RM 10 aku rasa.

4. TIKET ke USS
Ha.. tiket nak masuk ke USS ni aku cadangkan ko siap2 beli online ye. Leh beli kat sini http://www.rwsentosa.com/language/en-US/Attractions/UniversalStudiosSingapore/Tickets Kalau ada kredit card senangla, lagi bagus kalau ada kredit card maybank leh dapat DISKAUN 15%. Harga tiket $74 = RM185 seorang. Memang mahal la. Kalau nak beli masa sampai ke USS aku takut tiket habis awal.

5. MAKAN MINUM
Pasal ni ko tak payah risau sebab kawan aku cakap kat dalam sana makanan dia halal. Aku percaya la dia cakap. Kalau dia tipu , aku pun tipula. Tapi ko pandai2 la tengok.. janganla makan kat kedai yang takda melayu kat kitchen dia. haa... sekali makan dalam $40 - $50 la. Ini makan tengah hari ye, aku sarapan kat JB tempat teksi tu.

6. KELENGKAPAN DIRI
Ha, takda apa sangat yang ko kena bawak, botol air kena standby la sebab tandas USS ni takda paip. paham2 jela kan.. takan sehari suntuk ko tak masuk tandas kan. Selain itu, pastikan ko pakai kasut yang selesa, sebab nak jalan-jalan kat dalam USS tu memang MERAPAKK jauhnya.. pakaila flat atau ala2 sport shoes ke.. 

7. PERKARA TERLARANG
Yang ni pun satu ko kena tahu, kat Singapura "You CANNOT SIMPLY2 CROSS THE ROAD k!!" Ko kena tunggu pintu gate dia terbuka untuk pejalan kaki baru ko leh melintas. Selain itu, ko tak boleh nak meludah atau buang sampah merata2.. kang ko kena saman dek polis. 

Haa... rasanya panjang lebar dah aku bg info ni. Kalau ada tertinggal atau nak tanya, bleh komen kat bawah atau emel aku. Takda masalah nak kongsi pengalaman. Tapi ko jangala tanya pasal tempat2 lain kat Singapore tu sebab aku memang pergi USS je. Pergi pagi balik petang. Petang tu teksi sangkut JAM kat Jambatan.. menepek jugak aku dalam teksi tu.. aduh!

8. MASA UNTUK PULANG KE JB (update 17/8/2013 sebab ramai yang tanya)
Yang ni aku kena bagi warning skit, masa aku keluar dari USS tu dalam pukul 3 ke 4 petang, terus amik teksi ke Rochor Road. Dari Rochor Road naik teksi Malaysia pulang ke JB, itu pun jam teruk sangkut kat jambatan dalam 2 ke 3 jam. Kalau plan nak lama kat Singapore tido je kat Singapore... sebab aku tak pasti Imigresen Singapore Malaysia tutop pukul berapa. Takut ada yang tak dapat balik tersangkut di Singapore.


Meh layan gambar
ODW to JB!! JB here I am!!!


Dalam Teksi Singapura.. sempat Pose. hik hik

Hamik pepagi memang Jam


Yeay! Sampai Sudah!
Mak dan Anak

Kak Sha cakap Popcorn dia sedap.. aku tak beli pun
FRANKEN STEIN.. ha muka tahan TAKOT kena makan

Tajuk Album : "LAKI ku dan KERETA BARUNYA"

Kalau free leh nengok show kat dalam.. free.. masuk je
Ni tempat Sourvenir.. Takla mahal kalau kira dalam Sing Dolar. Kalau ko convert memang ko nangis punya
"KERETA KUNING DI KARAK SUDAH SAMPAI DI USS"
Ni tempat Transformers, beratur memang panjang giler!

SUAMI ISTRI
Inilah Pedang Megatron.. Hamik
Bumble Bee ni
Boleh tangkap gambar dengan MegaTron.. dunia dah aman, dia kerja part time kat sini
Kalau ko rasa berani giler.. boleh cuba
Besar
aku tak tahu ni kartun ke apa.. aku ngn mak main BEDAL je
Encik berdua ni tak sejuk ke.. hik hik
Ha... ala Padang Pasir Mak Tom giteww
Piramid ni
Boleh berbasahan di sini ye
Anak Mak dah Bangun
Serius binatang tu hidup.. siap nak gigit tangan mak lagi


Rumah SHREK.. tapi tak dapat jumpa shrek  
Ni untuk DEWASA dan KANAK2
SEKSI
NYUM

Last
Aku suka gambar ni..

Ha.. tu la yang sempat aku kongsi kat sini. Memang adalah satu pengalaman yang menarik dan terbest sekali. Woo Hoo!

Aku janji tadi aku nak bagi tahu napa aku lewat update kan.. hik hik .. sebab .. sebab.. Alhamdulillah..dokto kata aku mengandung dah 6 minggu rupanya. Nasib ku baik.. tak tahu pulak mengandung, leh jejalan sakan lak kan.. ok

Kian.

oh ya.. hi hi hi.. jangan lupa klik ye iklan ni di bawah ni.

Lawatan ke Singapura Tahun 2014: Boleh search tajuk bawah ni box search tepi atas tu.

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 1

Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapura PART 2