Thursday, 18 October 2012

Ujian Buat Aku Ketika Mengandung Anak Sulung

Salam, buat diariku, sudah terlalu lama rasanya tidak mencoretkan apa2 di sini. Mendiamkan diri agak lama. Bukan melupakan dunia blog, keadaan ku yang betul2 tidak stabil tidak mengizinkan aku untuk bercerita. Ya Allah, bukan mudah dugaan yang kau beri, tapi syukur Alhamdulillah.. Kau tarik nikmat kesihatanku, tapi kau berikan aku keluarga yang sangat menyokongku untuk teruskan perjuangan yang hanya tinggal lebih kurang 4 bulan ini sebelum tarikh bersalin. Suami yang sangat2 memahamiku dan sentiasa bersama ketika aku susah dan senang, mak yang tidak henti2 memberikanku kata semangat dan menjaga ku di wad ketika cuti, ibu mertuaku yang ku anggap tak tumpah macam mak ku sendiri. Ayah mertuaku yang penyayang, nenek, kakak yang menjaga ku di wad dan adik2 ku juga. Alhamdulillah..

Syukur. Buat masa ni, ibu mertuaku yang menjagaku, betapa mulianya hati ibu mertuaku tak terucap di sini dgn kata2. Menitis air mata bila terkenang jasa ibu dan ayah. Bukan mudah untuk melahirkan insan yang bernama anak. Sekarang barulah aku benar2 faham dan mengerti mengapa syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

Buat suamiku tercinta, terima kasih kerana telah bersusah payah menjagaku siang dan malam. Ampun dan maaf jika ada ucapan dan perbuatan saya selama saya mengandung ni yang telah membuatkan abg terguris atau terasa hati. Beruntung abg mempunyai sebuah keluarga yang penyayang dan baik. Inilah syurgaku juga, tempatku menumpang kasih sebagai menantu.

Alhamdulillah.

Buat kawan2 yang datang melawat, terima kasih banyak2. Maaf, aku masih belum pulih dan kuat untuk bekerja. Doktor bagi MC sampai 25/10. Nuren dan mino, thank you so much teman kami lepak2 sampai 11 mlm dan makan pizza sama2.

Doakan aku cepat sembuh dan dapat berjalan dengan baik untuk aku meneruskan rutin harianku. Buat uncle, terima kasih sb menguruskan polisi insurance ku di Ampang Puteri yang mencecah sehingga Rm 6000. Tq uncle n auntie.

Buat mak, jumpa esok. I love u mak.


hubungi saya untuk mengetahu lebih lanjut mengenai Prudential:

leezarule@gmail.com