Posts

Showing posts from January, 2013

PANIK!

Salam, Rabu dah harini, 30 January, tinggal sehari lagi masuk bulan Februari. Tak lama dah waktu itu nak sampai, sekarang ni kandungan aku masuk 36 minggu bersamaan 9 bulan. Ha, orang kata, kena ready sebab bila-bila masa je air ketuban boleh pecah.Cuak pun ada jugak sebab pirst time kan. Perkembangan terbarunya, tarikh bersalin telah dianjak kepada 15hb Februari 2013, lepas Solat Jumaat. Menurut doktor, lebih baik bagi baby ni masak ranum cukup2, 37 minggu 5 hari. Aku dan husben ikutkan je, asalkan yang terbaik buat baby ni.

Balik dari check up kat Putra Medical Centre di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, terasa badan penat betul. Walaupun tak berapa jauh, dalam 45 minit perjalanan, masa menunggu untuk berjumpa doktor tu yang buat aku GILA. Mana taknya, time cuti kan, berjam gak aku menunggu, panas punggong ni. Semasa balik dalam kereta, aku dengan husben dok cerita pasal bersalin, macamana nanti, apa patut nak bawak, bila nak bertolak semua la. Pastu keluar topik air ketuban.

Aku :…

HAPPY BIRTHDAY TO ME N PIKA

Image
Salam, Quick Update, Last week besday aku. Jadi untuk mengelakkan yang tersayang terlupa besday kita, masuk 1 Januari je siap2 ingatkan "Abang, lagi 14 hari taw!!" hahaha...  bak kata Ustazah Bahiyah, orang laki ni memang susah nak ingat tarikh2 besday ke anniversary ke bagai. Jadi siap2 ingatkan, at least 3 hari. Ha... tu la petua mengelak laki bini gaduh kan kan.. hihi kalau nak request besday present pun boleh siap2 cakap.. Biarla mak muka tak malu kan, janji tak sentap hari jadi nanti. haha Tapi kali ini punya besday aku tak mintak apa2 pun, Kek n Makan2 skit pun ok sebab kena jimat2 baby nak keluar dah, lagi pun duit nak besalin pun kena kumpul sendiri, company husben tak tanggung. Ha... tula kalaula Insurance bleh cover untuk besalin kan kan... bak kata agent Insurance "Bungkusla camni kak kalau besalin dia cover" haha Jadi masa celebrate besday tu, kitorang Joinkan sekali besday si Pika. Ha.. nyum2, kek ni aku pilih sendiri kat Secret Recipe Tanjong Malim.…

Ada Harapan Jadi Bapak Yang Baik

Image
Salam, Ha alang2 mengadap ni, masa membelek-belek gambar yang nak di upload tadi, aku ternampak beberpa keping aksi anak sedara aku berposing dengan laki aku. Ha, maklumlah dah duduk kampung kan, ada la anak sedara yang bleh buat kawan. Husben aku ni, biasanya bukannya peramah sangat dengan orang, bab2 bersembang tu memang dia tolak kat aku je selama ni. Tapi lain pulakceritanya bila dia berdepan dengan budak2. Husben aku ni bukan duduk balik hari kat kampung, bila cuti je husben aku pun balik kampung menjenguk aku. Makin lama makin baik la dia dengan anak sedara aku ni. Memula dulu kemain takut si Pika dengan husben aku. Sekarang ni kalau dilayankan tak tido malam jugak di buatnya nak ajak main. hihi Terdetik la dalam hati ni, bila aku tengok gelagat si pika dengan husben aku "Erm.. ada potensi laki aku ni jadi bapak yang penyayang ni".. harap2 la begitula.. Amin

Bila laki aku gi kerja 2 ke 3 hari tak balik, nanti si pika tu pun tanya "MakTeh, Pak Teh mana??" ...…

Persiapan Sebelum Bersalin

Image
Salam, Last Update 18 Oktober, masuk 3 bulan dah tak menyentuh keyboard kecuali haritu masa nak buat Laporan Penilaian Prestasi, dipakse kan jugak badan ni mengadap PC walaupun duduk senget2 sakit pinggang. Sekarang ni, Alhamdulillah, keadaan semakin baik.. doktor kata makin besar baby makin sakit, tapi meleset jangkaan doktor, yela kita mampu merancang, Allah juga menentukan. Tapi part yang paling best ialah doktor bagi cuti (MC) sampai bersalin.. start 6 bulan mengandung haritu sampai sekarang. hihi  duduk kampungla jawabnya.

Berkat kasih sayang si suami, keluarga ku, keluarga mertuaku yang tak henti2 bawak aku berubat sana sini.. keadaan aku makin baik walaupun tak sepenuhnya. Setakat nak duduk lelama sikit pekena teh tarik kat kedai mamak tu bolehla. Syukurrr...

Kandungan aku nak masuk 35 minggu dah ni, maknanya hampir 9 bulan dah. Oh My God!! Makin dekat makin takut rasanya, mana taknya kalau ibu-ibu lain tak tahu bilakah masanya air ketuban itu akan meletop untuk melahirkan ana…