Thursday, 24 January 2013

Ada Harapan Jadi Bapak Yang Baik

Salam,
Ha alang2 mengadap ni, masa membelek-belek gambar yang nak di upload tadi, aku ternampak beberpa keping aksi anak sedara aku berposing dengan laki aku. Ha, maklumlah dah duduk kampung kan, ada la anak sedara yang bleh buat kawan. Husben aku ni, biasanya bukannya peramah sangat dengan orang, bab2 bersembang tu memang dia tolak kat aku je selama ni. Tapi lain pulakceritanya bila dia berdepan dengan budak2.
Husben aku ni bukan duduk balik hari kat kampung, bila cuti je husben aku pun balik kampung menjenguk aku. Makin lama makin baik la dia dengan anak sedara aku ni. Memula dulu kemain takut si Pika dengan husben aku. Sekarang ni kalau dilayankan tak tido malam jugak di buatnya nak ajak main. hihi
Terdetik la dalam hati ni, bila aku tengok gelagat si pika dengan husben aku "Erm.. ada potensi laki aku ni jadi bapak yang penyayang ni".. harap2 la begitula.. Amin

Bila laki aku gi kerja 2 ke 3 hari tak balik, nanti si pika tu pun tanya "MakTeh, Pak Teh mana??" ... erm.. garu garu kepala bukan pagi tadi dah tanya ke?


berguling2






Our Pakteh, we love u.

Skian.