Wednesday, 30 January 2013

PANIK!

Salam,
Rabu dah harini, 30 January, tinggal sehari lagi masuk bulan Februari. Tak lama dah waktu itu nak sampai, sekarang ni kandungan aku masuk 36 minggu bersamaan 9 bulan. Ha, orang kata, kena ready sebab bila-bila masa je air ketuban boleh pecah.Cuak pun ada jugak sebab pirst time kan. Perkembangan terbarunya, tarikh bersalin telah dianjak kepada 15hb Februari 2013, lepas Solat Jumaat. Menurut doktor, lebih baik bagi baby ni masak ranum cukup2, 37 minggu 5 hari. Aku dan husben ikutkan je, asalkan yang terbaik buat baby ni.

Balik dari check up kat Putra Medical Centre di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, terasa badan penat betul. Walaupun tak berapa jauh, dalam 45 minit perjalanan, masa menunggu untuk berjumpa doktor tu yang buat aku GILA. Mana taknya, time cuti kan, berjam gak aku menunggu, panas punggong ni.
Semasa balik dalam kereta, aku dengan husben dok cerita pasal bersalin, macamana nanti, apa patut nak bawak, bila nak bertolak semua la. Pastu keluar topik air ketuban.

Aku : "Abg, kalau air ketuban pecah sebelum 15 Feb macamana??" 
Husben: "Jangan la camtu, cuak abang nanti" katanya. 
             "Cube rasa jantung abang ni, kencang lagi ni, risau lepas sembang dengan doktor tadi"
Aku : "Ha ah la, sambil tangan kat dada dia, lajula"  hihi (ketawa dalam hati)

Sampai kat rumah dalam pukul 7.50 malam, sempat ni nak solat Maghrib. Aku pun siap2 bertelekung, dan duduk tepi katil menghadap kiblat. (Aku solat duduk). Masa duduk tu, aku terasa tilam tu basah, banyak pulak tu, patutla dilapik dengan towel. Aduh.. siapa pulak la yang tumpahkan air atas tilam ni, Ishh!!!

Aku : "Abang.. Abang....!! (dengan suara bini memanggil laki yang duduk kat luar)
Maka laki aku pun datang, "Apa? Apa?" sambil berjalan masuk bilik
Aku: "Abang, tengokla tilam ni ha basah lenjun ni"
Husben aku pun tengok keadaan tilam yang basah lenjun tu dan dengan tak semena-mena
"Ha.. basah???!!#$#%$^%^& ... " sepantas kilat tangan dia meraba ponggong aku yang tengah bertelekung lagi, dia tarik2 macam nak tercabut dibuatnya..
Aku :"EHHHHHH!!!! Apesal abang ni.. ehhh...." sambil menepis tangan dia yang masih manarik dan meraba ponggong.

Dah sah, ni mesti dia ingat air ketuban aku pecah ni!!
Aku: "Bukan air ketuban la bang!!!!!! Ntah air apa tumpah ni, si Pika buat kot!! "
Husben :"Bukan air ketuban????? ahh..... Aduhhh tekejut abang!! Ingat air ketuban tadi!!".. naik merah muka laki aku , barula laki aku berhenti menarik2 kain telekong aku.
Hahahahahahahha... Panikla tu!

Skian.
Sambil tersengih lagi teringat muka dia yang cuak tu.