Thursday, 24 January 2013

Persiapan Sebelum Bersalin

Salam,
Last Update 18 Oktober, masuk 3 bulan dah tak menyentuh keyboard kecuali haritu masa nak buat Laporan Penilaian Prestasi, dipakse kan jugak badan ni mengadap PC walaupun duduk senget2 sakit pinggang. Sekarang ni, Alhamdulillah, keadaan semakin baik.. doktor kata makin besar baby makin sakit, tapi meleset jangkaan doktor, yela kita mampu merancang, Allah juga menentukan. Tapi part yang paling best ialah doktor bagi cuti (MC) sampai bersalin.. start 6 bulan mengandung haritu sampai sekarang. hihi  duduk kampungla jawabnya.

Berkat kasih sayang si suami, keluarga ku, keluarga mertuaku yang tak henti2 bawak aku berubat sana sini.. keadaan aku makin baik walaupun tak sepenuhnya. Setakat nak duduk lelama sikit pekena teh tarik kat kedai mamak tu bolehla. Syukurrr...

Kandungan aku nak masuk 35 minggu dah ni, maknanya hampir 9 bulan dah. Oh My God!! Makin dekat makin takut rasanya, mana taknya kalau ibu-ibu lain tak tahu bilakah masanya air ketuban itu akan meletop untuk melahirkan anak, aku ni pulak.. tarikhnya dah pun di pilih. Cukup 36 minggu 5 hari bersamaan 10.02.2013 Ahad, 29 Rabiulawal 1434H  @ Tahun Baru Cina maka disoronglah aku ke wad bersalin, dokto kata kena LCS (maknanya besalin ikut tingkap). Ha...temenung gak aku memula nak terima hakikat... Pastu kalau nak dikirakan ada 17 hari lagi ni. Tak ke 2 minggu lebih je. OMG sekali lagi... Grrrr... lutut ketar ketar..Doakan aku & anak selamat ye :)

Selain itu, nak tanak suami dan aku kenala siapkan barang2 keperluan untuk baby kan.  Mana nampak kasi amik je, tak bleh lelama sangat bershoppingnya, maklumla keadaan tak mengizinkan. Harga bukan kira sangat janji ada kedai baby. Takperla kan. Dapat beli ni pun Alhamdulillah dah. Tapi sebelum aku beli, suami dah google dah apa keperluan bayi baru lahir, taip je melambak2 tips bleh dapat, siap checklist lagi taw. Meh layan gambar ni.

Gambar Baby 3D, kaki lepak kat hidung hihi..

Yang biru tu bapaknya yang excited nak, yang purple tu, maknya pun sama nak jugak

Ni baju baby petang, malam, jalan..

Stoking, Sarung tangan, kaki, topi, ketip kuku.. barut... dll

Melabur skit kat botol susu, mahal jugak Avent kosnya dalam RM 90

Kotak Penyimpanan baju2 baby beli kat IKEA RM 40

Ha ni pulak Barang2 mandian baby, Termos, Milo, Cawan, makanan dan makanan hihi 


Tadaa.... sudah siap di packing. Hanya menunggu harinya. Yeah!! Erm.. itula perkembangan aku setakat ni. Mintak Ampun Maaf sebab tak mampu nak update blog ni sepanjang aku mengandung. InsyaAllah jika diberikan kesihatan yang baik olehNya, dapatla aku share. Doakan ye!!!!!!!!!

Oh ya, ada yang tanya baby boy ke girl???

Memula tu ada hati nak simpan rahsia. Tapi aku ni kan tak sampai hati nak cakap Rahsia, cam poyo lak nanti. So setakat ni 4 orang doktor scan semua cakap BOY. "Ni ha, bola dia"kata doktor... oh i see

Skian.