Thursday, 21 February 2013

KEPENTINGAN INSURANS DAN MEDICAL CARD

Salam
Hari ini aku terpanggil untuk berkongsi informasi yang aku rasa penting dengan pembaca2 blog kesayanganku. Ini adalah berkenaan Keperluan Medical Card dan Insurance Nyawa. Masa memula kerja dulu, aku tak pernah dan tak tahu apa perlunya insurance. Perkara negatif yang ada dalam fahaman aku, bulan2 kena bayar duit, agen insurance tipu duit, Sakit tak boleh claim, ala macam MLM la jugak. Tapi, bila aku telah diperjelaskan dengan terperinci oleh pakcik aku yang merupakan agen insurance barulah aku faham, sebenarnya Insurance ini adalah satu pilihan dalam hidup untuk kemudahan masa hadapan.

Ha... I bukan nak jual Insurance ye sebab post ni bukan tajaan pun, aku menulis sebab terpanggil untuk berkongsi pengetahuan yang aku ada dalam selok belok Insurance ni. Pengalaman aku mengambil insurance dah masuk tahun ke 4 dan setakat ni aku tak rasa rugi langsung walaupun setiap bulan aku kena commit dengan bayaran insurance.

Diantara kebaikannya adalah:

1. Simpanan di Hari TUA
Bila aku dah pencen nanti aku ada duit simpanan hasil tabungan ke Insurance. Selain korang simpan sendiri di ASB atau Tabung Haji, korang juga boleh menabung pada Insurance .. ermm untung.  dan Walaupun ada diantara kita kerja kerajaan, ada pencen kan, ada kemudahan hospital kerajaan kan.. duit simpanan pun perlu ada jugak.. untuk anak, untuk renovate rumah, honeymoon masa tua2.. haa... bagus kan!

2. Rawatan SEGERA semasa kecemasan
Lepas setahun aku masuk insurance, aku diserang sakit belakang sebab gara2 jatuh terduduk. Ha, masa ni Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya sakit aku ni. Nak bawak kereta memang sakit menekan2 dibahagian belakang, nak duduk pun sakit.  Mak aku bawak ke Klinik Kerajaan, doktor kata dia kena refer kes aku ke Hospital Kerajaan which is aku pilih Hospital ********. Esok pagi, aku gagahkan diri ke Hospital Kerajaan ni kan, nak jumpa pakar, masa ni aku tak ada pengalaman langsung tentang sakit2 BERAT selain demam batuk selsema.

Sampai je aku kat kaunter, aku keluarkan segala mak nenek X-Ray la, ko tahu apa yang misi tu cakap. "Kes puan ni kita akan refer dengan doktor Ortopedik, buat masa ni appointment penuh, kita set masa la" Aku pun angguk je. "Doktor pakar ada bulan 6, nanti bulan 6 puan datang balik ye". OMG ... *(&*^%^$$# !!! Tahu tak masa tu bulan Januari!!! Takan aku nak nunggu cenggitu lama kan!! Aku nak naik marah jugak "Lamanya!! saya sakit ni!" Ko tahu dia cakap apa? "Doktor pakar memang tak ada sekarang, kalau puan tak bleh berjalan dah, sakit sangat2 puan boleh terus ke emergency!" Haaaaa!!!

Masa tu la aku rasa nak nangis sesangat sebab aku rasa buntu, kang nak nunggu kat emergency satu hal, aku bukan leh duduk lelama. Masa tu la pirst time aku call pakcik aku. Dia dah ingatkan kalau sakit call terus dia. Masa tu pakcik aku suruh aku pergi terus ke Private Hospital jadi aku pun pergila ke SJMC sekarang dah dikenali sebagai Sime Darby Medical Centre, panel Prudential. Terus dia amik kes, admit, jumpa pakar, kasi ubat, esok buat MRI (kalau kerajaan paling cepat buat MRI appointment 4 bulan), then fisioterapi. Haa... kat sini la aku rasa berbaloinya amik Insurance, siap ada elaun masuk wad. Total dalam RM2700 tak silap aku, Insurance tanggung.

Lepas tu kan aku masuk balik masa 2013 aritu, Total RM 6000.. kat KPJ Ampang.  ha amik!

3. Pampasan jika Kemalangan atau Kematian

Ha, ini salah satunya, kalau kita terlibat dengan kemalangan, kita akan dapat sejumlah wang, samala dengan kematian. Bukan mintak nak accident ke apa kan, tapi sekurang-kurangnya, meringankan beban orang yang menjaga kita, atau waris kita.

4. Simpanan untuk Pelajaran Anak

Yang ni aku dah amik untuk si Eiman, Medical Card + Saving untuk duit simpanan dia kemudian hari. Simpanan ni masuk Unit Trust, kalau nak tahu Unit Trust tu apa, kena story lain. Yang penting, sekurangnya aku dan suami bersedia untuk masa hadapan dia. Polisi yang kami ambil, "Jika terjadi apa2 salah seorang diantara kami, polisi insurance terus tak payah bayar, dapat kat anak" paham tak?..

Tips dan Nasihat Sebelum amik Insurance

Erm, sakit itu memanglah kita tak mintak dan menjaga kesihatan tu sangatlah penting. Tapi, kita juga perlu bersedia supaya tak menyesal di masa hadapan.
  1. Insurance ni, kalau amik masa muda, bayaran lebih murah dan coverage masih banyak lagi. Kalau dah berumur amik, bayaran akan tinggi skit, dan bila dah dapat sakit cthnya: batu karang, dah tak boleh amik insurance untuk sakit batu karang dah. So, semasa sihat amikla Insurance.
  2. Pastikan anda mengambil Insurance dengan Agen yang betul, pastikan dia tak tipu duit yang korang bayar bulan2 tu,
  3. dan bila sakit Agen ni seorang yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal kelulusan kemasukan ke wad diantara Insurance dan pihak Hospital. Kalau dapat agen yang lepas tangan.. susah la. 
  4. Kalau Agen tu bagus, di akan tolog kita uruskan claim elaun masuk hospital, bayaran selalunya dalam bentuk cheque/ Cek.

Alhamdulillah, selesai jugak aku menaip artikel ni dlm kesibukan menjaga si kenit. Syukur, aku dah amik awal2 masa umur 25 tahun, so, tak risau sangat nak carik duit kat mana kalau sakit tiba2 kan kan. Maklumlah, nk kumpul duit sdr bukan senang, tambah2 dah ada anak ni. So,Kalau ada sebarang pertanyaan lebih lanjut hubungi saya:

EMEL : leezarule@gmail.com

Sekian. Alamak Eiman dah mangun. k bye.

p/s -  Korang gak bleh share story kat ruangan komen.

Wafri Eiman