Thursday, 28 February 2013

Old Town White Coffee di Tg. Malim

Salam,
haa... baru 16 hari berpantang... aduh! lamanya rasa duduk kat umah je tak melihat alam sekeliling. Makan pun kena pantang, itu tarok bleh, ini tarok bleh.. semua tarook bleh.. Maklumlah di jaga oleh nenek dan Opah Nah. Minum pun air kopi panas n Horlics jer. Aishhh... lama pulak rasanya nk menunggu 44 hari ni. Orang makan sesedap, kita telan air liur jela. Apa mau buat.. nasibbbb badannnn. 

Dan disebabkan dah rasa terlalu lama terperap dalam rumah tak gi memana (mahu meroyan camni), Petang tadi,en husben bawak aku n baby Eiman keluar berjalan2. hihi kesian baby kecik je lagi dh kena usung sana sini. Memula gi bank, settle hal bil, pastu pejabat pos then amik mak dari kerja, pastu kami pun nyinggah di Old Town White Coffee yang baru di buka di Tg. Malim. Wah wah makin maju kampung aku ni. 

 Nasib baik baby Eiman tak meragam. Tido je sepanjang 3 jam kami keluar. Good Boy Anak Mommy!!! Ni ha, gambar kami outing.. yeay!

Jom Layan.
Haha .. ni la Budak Kicik Pipi Labuh Lena Tidur
 
My Feveret Roti Stim... (nuren la yang promote roti stim kat Papa Rich)
Nan Yang Kopi O for me n Old Town White Coffee for hubby

Garlic Bread for Mom

Mamma Mia n me

Husben

Muka Pucat lagi dah gedik2 nak keluar rumah jugak!!
 
K
Sekian, nanti i update lagi.