Wednesday, 27 February 2013

Tukar Lampin Baby Eiman

Salam,
Selamat Malam dan Salam Sejahtera,
First of all aku nak ucap "Tahniah buat Nuren n Mino atas Perkabaran Gembira!! Beb, Tahniah!!"
Nampaknya Baby Eiman akan ada kawan la :) hehe
Oh ya, sejak 2 minggu ni, kesihatan semakin baik, luka Jahitan di Perut pun dah semakin baik. Aku dah boleh bangun dan melakukan aktiviti harian sendiri tanpa bantuan husben. Alhamdulillah, syukur! Dalam keadaan yang masih lemah ini, kami bergilir2 menjaga baby Eiman. Setakat ini Eiman tak banyak meragam. Bila bagi susu atau salin pampers, dia akan tidur balik. 2 minggu yang pertama ini Eiman banyak tidur je.
Memandangkan keadaan kesihatan Mommy Eiman yang tak berapa ni, kami selang selikan Susu Ibu dan Susu Formula. Yela, kalau memalam tu tak terdayo jugak nak angkat bijik mato ni nak susu kan Eiman. Oh Tuhan, begitu tegar sungguh mereka yang fully Breast Feed! Ayoook! Susu yang kami bagi adalah suggestion dari Hospital Bersalin haritu, Jenama NOVALAC. Setakat ni baby Eiman sesuai dengan susu ni,  tak berak keras atau kembung perut. Jadik, continue jela. Harga 400g RM 39.00, 800g RM 62.00.
Hal susu dah settle, hal tukar Pampers baby Eiman.. Alamak, takat ni belum pernah buat lagi, urusan ni husben n mak yang tolong buat. hik hik. Bila fikir, alamak.. macamana la aku nak buat ni nanti.. baunya bleh tahan jugak. Aduh..dijadikan cerita, petang tadi, husben kena keluar beli barang, mak pulak kerja, baby Eiman tengah meneran berak ni, kompom aku kena salin ni. Tak bleh jadi.... trut truut.. call laki
Aku : "Abangkat mana?"
Husben :"Ni ha kat kedai nak cari ikan"
Aku: "ha? carik ikan??.. alamak, lama lagi ke? aduhh"
Husben : "Nape?"
Aku : "Baby berak la, dia nangis ni"
Husben : "haha.. tukar la!"
Aku : "Tak pandai!! Eiii.. takperla k byue"
Alamak cemana nak buat ni!!. I know i am such a bad mother sebab tak tahu tukar lampin anak SENDIRI!!.. So here we go! Bukak je pampers Eiman.. mak aiii.. melambak-lambak cecair kekuningan .. Pejam Mata sebelah, Hidung Tutup Sebelah.. Capai Tisu Basah.. wipe wipe!!! Pls... cepatla siap.. Taraaa...... Yeay!! Berjaya!!
5 minit kemudian, tetibe je husben duk tercegat depan pintu bilik,
Husben : "Haa... dah tukar???"...
Aku : "Dah!!!" dengan perasaan riak bangga takbur! "Eh,kata nak beli Ikan?" 
Husben : "Kedai tutupla"
Muka ni tak henti senyum sambil mulut terkumat kamit puji diri sendiri depan laki!! wow!hebatnya aku!! Mesti laki rasa menyampah sebab dia buat hari2 tak kecoh pon! haha

Husben: "Berapa banyak wipe tisu pakai?"
Aku : : "Errrrr.... ntah... errrrrrrrrrrrr banyak kot"
Husben : "Banyak kot? .... abg pakai 3 je... (sambil check Wipe Tisu) ha!!!.. banyaknya pakai..
Aku: hehe...alamak, senyum kambing jelah, tak jadi nak perasan riak dan takbur. Cett..