Friday, 22 March 2013

Ruam di Muka Bayi

Salam,

Minggu ni adalah minggu yang agak mencabar dan tercabar dan menuntut kekuatan fizikal dan mental haaaaaa nampak tak nampak tak????. Buat pertama kalinya baby Eiman tak sihat. Badan naik 'DEDO' @ 'DEDA' (di pinggiran demam la tu) iaitu 37c hingga 37.5c, muka dan kepala pulak naik ruam tebal. Kesiannya kat baby Eiman. Dia pulak macam tak selesa je badannya, mungkin sebab rasa panas kot. Agak meragam terutamanya waktu malam. Bila merengek aku bg susu badan sampai dia terlena kat pangkuan. Pastu aku letak je kat katil, dia terjaga dan menangis. So terpaksalah kendong dia berjam2 masa dia tengah tak sihat ni siang malam. 

Bolah tahan jugak la keHEAVYannya, dah nak hampir 4 kilo dah ni, sakit pinggang menggendong, bahu pun sakit, tangan suma la. satu badan la Isk isk.. kalau sebulan camni boleh naik Muscle ketak-ketak. haha nampak tak nampak tak?? takperla Eiman ooi, mommy tak kesah jaga siang malam asalkan Eiman cepat sembuh ye nak. haa... kasih sayang ibu ni.. hik hik

So aku pun google la sebab2 ruam panas ni naik kat muka dia. Ada beberapa sebab kemungkinannya iaitu :

Sebab :
1. Ibu yang menyusu minum jamu dengan kuantiti yang banyak, panas herba kena kat susu ibu.
2. Sabun mandian bayi tidak sesuai dengan bayi.. Ramai kata Jenama ****** kalau tak sesuai memang naik ruam.
3. Susu formula yang tak sesuai dengan bayi
4. Cuaca Panas

Solution ku :
1. Ya, aku memang dah start makan jamu, so aku kurangkan kuantitinya. Daripada sehari 2 kali, aku amik 1 kali je. 
2. Sabun mandian, aku dah tukar ke baby SebaMed ph 5.5. Memang bagus sesangat. sukerrrrrrr!!
3. Kalau susu plak, aku memang pakai Novalac sejak baby Eiman lahir. maksudnya, Misi tu cakap, kalau ruam tu naik lepas tukar susu mungkin sebabnya adalah susu. Tapi kalau dah pakai lama sebulan pastu naik ruam, bukan sebab susu.
4. Cuaca memang panas giler sekarang, lalat pun banyak. So duduk dalam ekon 27 jam sehari.
5. Pakai Krim Ruam dari Farmasi lepas jumpa doktor. Dia sahkan ruam. Doktor bagi Krim Calamine,   aku tak brapa bekenan sangat dengan Calamine ni. So ajak husben gi Farmasi beli Vizomet, dalam masa 24jam dah kurang bengkak. Bagusss!!

Baby Seba Med ph 5.5 Terbaikk!!
Liquid Cleanser RM 22
Shampoo RM 17
Susu Novalac RM 62
Krim Vizomet yang bagus. 3 hari dah kurang banyak RM 11

Dahi dan pipi bengkak
Ha.. dah hilang dah :) Yeay!! jumping jumping!


Ha.. dah 4 malam dah tak dapat tido. Harini Husben dah start cuti.. yeay!! boleh shift jaga baby Eiman balik.. 
OHHH I miss u my Bantalll  my Selimutttt Oh my Oh my!!! 
hihi

Erm.... skian.

RUAM PART 2 - Tips memilih krim yang sesuai