Wednesday, 6 March 2013

Terima Kasih!! Hadiah untuk Baby Eiman

Salam,
Nampaknya lagi beberapa hari nak masuk sebulan aku berpantang. Kejap je rasanya, baby Eiman pun nak masuk sebulan dah. Berat pun dah bertambah, Alhamdulillah. Masa lahir haritu baby Eiman 2.8kg, lepas seminggu timbang berat badan Eiman susut menjadi 2.5kg. Risau dibuatnya.. tapi Misi (Nurse) tu cakap "Itu Perkara Biasa! Sesetengah baby akan turun berat badan lepas lahir".. Masuk hari ke 20 haritu Misi datang rumah timbang lagi.. Alhamdulillah berat badan Eiman naik kepada 3kg.

Eiman tengah tidur ni, bolehla aku nak update blog skit. Tak berkesempatan lagi nak ucapkan terima kasih kepada kawan2 yang memberikan ucapan Tahniah untuk kelahiran baby Eiman. Jasa kawan2 keana mendoakan aku tak dapat di balas. Terima kasih Semua!! Tak lupa juga yang datang menjenguk ku di Hospital Bersalin, Nuren n Mino, Kak Lin n Husben, Kakak Kak Lin, Abang n Kak Eda, Mak n Abah Mertua, Ira, Mak n Kakak, Yong n Abg Nan dan semua yang datang tak dapat nak sebut semua kat sini. Terima Kasih!

Memang Benar sekali, anak itu membawa rezeki. Alhamdulillah sehingga hari ini rezeki kami cukup untuk kami sekeluarga walaupun perbelanjaan bertambah. InshaAllah. Kalau ada rezeki lagi 3 tahun bleh tambah adik.. hik hik... :P sekarang ni kasi Mommy lupa dulu kesakitan bersalin tu k!

Ha, nak tempek jugak hadiah2 yang diberikan kepada baby Eiman. Terima kasih semua! Comel2 hadiah yang korang bagi. Bolehla si Eiman Pipi Labuh tu melaram dengan baju cecantik kan!

Hadiah Dari Manda, Rayyan, Kak Lina n Abg Putra

Hadiah Dari Kawan Mak

Hadiah Dari Mommy

Hadiah Dari Nurul

Hadiah dari Kak Lin n Suami

Hadiah Dari Yong (From Cameron Highland)

Hadiah Dari Kak Eja..
Ha.. banyak kan baby Eiman leh melaram.. Hensemla anak mak canni.. K semua!! Thanks Ya!!
Pesanan : Mama Ina.. jangan lupa belanja Eiman Stroller taw!! haha (eiman yang cakap)
Hi!! nama saya Eiman, Umur saya 3 minggu :)

Sekian.