Friday, 8 March 2013

Urutan Bayi Memberi Banyak Kebaikan

Salam,
Ha.. harini nak kongsi berkenaan kebaikan urutan bayi.. ceh ceh maklumlah dulu kan aku pernah bekerja dengan Pusat Penyelidikan Awal Kanak-kanak lebih kurang 2 tahun setengah. Banyak info berkenaan penjagaan kanak-kanak dapat aku timba selama bekerja di situ. Salah satunya, aku juga bekesempatan mengikuti Kursus Urutan Bayi. Haa... dasyat tue.. hi hi  poyo

Memandangkan ramai kawan-kawan aku pun dah ada anak kecil dan yang akan ada anak, so mehla kita amalkan ye.. aku pun dah start kat baby Eiman..

Diantara Kebaikannya Adalah :

1.Membantu pembesaran fizikal bayi
2.Menguatkan ketahanan tubuh badan
3.Membina keyakinan diri
4.Memperbaiki perjalanan darah memperbaiki sistem penghadaman
5.Membantu memudahkan bayi tidur
6.Merangsang aliran oksigen dalam badan
7.Membantu perkembangan fungsi otot.
8.Meredakan kesakitan apabila demam
9.Memudahkan penyingkiran bahan toksin
10.Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi
11.Membuatkan bayi rasa tenang dan selesa serta
12.Mengeratkan ikatan kasih sayang ibu dan bayi
dan lain lain lagi.. tak tesenarai...

Haa... amik tue.. banyak tue kabaikannya taw.. Siapa yang tak nak buat kalau ia boleh membantu anak kita menjadi sihat dan cerdas kan kan!! Waktu melakukan urutan pula sebaiknya selepas mandi dan sebelum tidur. Bayi juga sebaiknya tidak berpakaian. Aku guna minyak Johnsons Baby Oil tu dengan Minyak panas untuk perut.

Kalau ibu-ibu semua dah bersedia untuk melakukan urutan ni, lakukan urutan pada waktu yang sama, jadi bayi biasa dan dapat merasainya sebagai satu rutin.

Meh nak kongsi cara urutan..

Penceramah yang mengajar masa kursus urutan bayi ni adalah Datuk Doktor Zulkifli yang cakap dalam iklan Johnson baby ni. Sangat lembut orangnya dan sangat luas pengetahuannya.
Yang ni, versi Indonesia, versi Malaysia punya tak jumpa kat Youtube, maybe kita masih belum menjadikannya satu amalan. So .. jom kita buat untuk baby kita jom!!

Good Job Papa Eiman!!

Kali ke 2 baby Eiman di urut, dia dah tak nangis :)
K.. nanti i share lagi ape2 info k. Eiman nak nyusu la.
Skian
Peace Yo!