Wednesday, 17 April 2013

Kemas Pindah Rumah

Salam,
Erm.... Minggu ni rasa penat sesangat badan ni, Ulang alik Bangi Putrajaya... Huh mengemasla aper lagi. Tu pun nasibla barang tak banyak sesangat.. Kena tampal koyok ler memalam nak hilangkan sakit pinggang mengemas ni. Tapi biasala kan, yang paling banyak buat kerja mengemas ni off course la lakiku. Kesian iat bini katanya, maklumlah baru lepas bersalin. Hihihi
Baby Eiman tinggal dengan nenek dan atuk kat rumah. Alhamdulillah la mak mertua aku ni sporting sesangat nak jaga cucunya? Bukan apa, bby eiman kecik sangat nak angkut ke sana ke mari. Kang habukla, kotorla... Dia pulak kang yang tak sihat nanti.
Yang paling penat selain mengemas adalah nak settle dokumen dokumen sewa kuarters ni... Ulang alil nilai-putrajaya-kl.  seksa sikit sebab kena usung eiman ke mana mana. Jap lagi nangis kencing, jap lagi berak, jap lagi susu.. Adoiiii sabo jela. Alhamdulillah la Kunci rumah baru pun dah dapat petang semalam, huh lega esok bleh pindah dah.. Yeay jumping jumping!!
Punyalah bosan mengemas.. Habis ku conting cotingkan kotak tu dengan lukisan aku.. Hihi mesti mamat bangladesh yang tukang angkat barang pindah tu esok terhibur dengan lukisan aku. Takdela dia stress angkat barang barang rumah aku yang sikit punya berat kan.. Hihi :-)