Thursday, 11 April 2013

Minuman Berkhasiat Bervitamin

Salam,
Ouch ouch.. Sakitnya rasa badan 4 hari 3 malam pergi bercuti di Ipoh dan Penang. Penat semacamla mungkin sebab aku baru bersalin, dalam proses healing dah bantai berjalan 24 jam. Sakit urat2 badan. Sampai je rumah kejap tadi aku terbaring di katil sebelah anak.

Teringat masa kat Penang aritu kami lepak minum air buah kat botanical garden.. Ohh sedapnyer! Dalam hati... Sedapnya air buah! Lagipun dah lama dah ni tak makan supplement vitamin C dan Calcium. Mesti badan tak berzat sekarang ni. Ohh.. Tak bleh jadi ni. AKU MESTI BUAT SESUATU! Hihi..


"Makkkk, pengisar buah kat mana? Nak buat air buah la" - aku
"Malam malam ni? Dah pukul berapa ni nak minum air buah ni?" - mommy
"Pukul 1 pagi hehe :-)" Abang... abang nak satu? - aku
" Nak!" - husben


Ok jom!
My Assistant yang Cute Memakai Baju I LOVE PENANG hihi
Pengisar Panasonic mak
Tadaa... siap satu untuk aku satu untuk husben Apple + Pear
Teringat Air buah Tropical Fruit Farm kat Penang...
Next time kita pergi sini lagi ye bang! Kita gi jogging kat Botanical Garden sekali dengan bb Eiman..
Sekian.

Mode : Ohh! Sihatnya badan!