Sunday, 28 April 2013

Shopping Barang Keperluan Dapur Menggunakan Duit Syiling Sahaja

Salam,
Haa...... Mesti terkejut dengan tajuk post ni. Menggelabah je nak tayang banyak duit la tu. Ha ha memang banyak duit.. Tapi duit syiling la, sebabnya husben aku ni memang rajin mengumpulnya. Kater nyer - pelaburan masa hadapan!

Iyokan jerla, pastu tiba la masa yang ditunggu tunggu iaitu hujung bulan kan. Duit mesti cam dah sesemput jerkan, maklumla bulan ni banyak pakai duit untuk pindah rumah, tu belum cerita part lori sewa buat hal tipu duit lagi..haaaa.... So di masa inilah duit syiling itu boleh membantu kami yg nak bershopping barang dapur. Eh tak salah tau pakai duit syiling ni... Daripada duk terperap kat dalam tin kan.

Tapi agak agakla, takan nak bawak duit syiling seposen seposen tu kira kat kaunter pembayaran, ada jugak yang kena baling dengan ikan dari belakang nanti. Hihi jangan risau, ada cara mudah yer tuan tuan dan puan puan..... Jadi saya biarkan gambar bercerita..

Mesin ini ada di Tesco Ampang, tempat  lain tak sure la... Memang bagus! Suker sangat! Pasni nak nyimpan duit syiling bebanyak jugakla.. Hihi






Sekian, tudeluu!