Saturday, 20 April 2013

Tajuk tak tahu nak letak apa bantaila... Makan di Secret Recipe Putrajaya

Salam,
Uhh eiman dah nyusu 3 setengah auns tepuk tepuk kat bahu lena... Bila letak atas tilam terus jaga tamau tidur. Eiman eiman... Kecian mummy penat tepuk eiman lama2 tp eiman tamau tido. Sudahnya nenek angkat bawak tengok tv. Hihi tamau tidur takpela eiman big boy dah tak suka tido lama lama agaknya.

Oh ya, kes pindah rumah dah selesai, cuma kemas kemas kat Putrajaya je belum settle lagi. Bila la agaknya nak siap duk tunda jer. Harap boleh settle awal bleh pindah terus. Dah berapa lama berNOMAD pun tak tahu, kereta tu dah macam rumah semua ada. Hihi

Teringat pulak haritu lepas settlekan bayau deposit TNB kat Putrajaya perut rasa lapo, maklumla tengah hari,panas terik pulak tu. Nasib Secret Recipe kat sebelah jer... Makan mahal la jawabnya. Sebab bawak eiman kenala carik kedai ada ekon takut panas2 nanti naik pulak ruam dia lagi.

Ada menu baru chicken chop pedas.. Ala tak ingat nama apa, sedapla. Puas hati jugak sebab ayam dia besar. Nyum nyum.. Eiman pulak duk terliur je tengok kitorang makan, kesian dia. Hihi tunggu besar kit ye eiman, nanti mommy suapkan eiman k!