Tuesday, 14 May 2013

Baby Expo 2013 di Mid Valley

Salam,
Minggu lepas ada Baby Expo kat Mid Valley. Off course la kan, sejak jadi mak mak ni..tak bolehla lepaskan peluang yang hebat ni. Ohh.. Sesak giler ramai orang Melayu ada Cina ada India pun ada. Semua adala! Satu Malaysia. Aku dgn laki aku dgn bby eiman dengan mak aku ku hangkut sekali. Pastu jumpa Nuren n Mino kat sana.
Pergh... Tak sempat nak pergi semua booth! Tapi kebanyakan booth yang aku nyinggah mesti tangan aku capai at least satu barang. pening lakiku.. Kata takda duit la apala.. Ni beli bebanyak ni...apa cer! Hihi Ala bang, expo bukan hari hari. Korek la mana mana duit pun, janji beli! Hahaha
Best dapat lepak ngn Nuren Mino..  bakal timang anak.. Aku pun xcited nunggu anak dierang. Hari tu aku cakap dengan husben aku...
Aku - bang, kalau anak nuren n mino pempuan, kita kasi tunang dengan iman nak? Kasik tunang masa kecik.
Husben - isk, kalau perempuan.. Tak yahla.. Abang nak bagi dia kebebasan pilih calon istri sendiri..
Aku - ala... Apa salahnya.. Nanti bleh berbesan dengan diorang. Hihihi
Husben - merepekla awak ni.. Ingat zaman dulu dulu ker nak tunang tunang masa kecik ni
Aku - erm.. Biarla! Saya nak pilih calon istri eiman
Husben - habisla ko eiman.. Belum apa apa dah kena control dengan mak kau!!!
Aku - i'll choose the best for him. Hahahahahahahahahaha!!
Meh layan gamba makan kat kedai nyonya..kat midvalley.. Nyonya apatah nama kedai ni aku lupala. Hik k nanti aku hupdate aku shopping apa