Tuesday, 14 May 2013

Baby Expo di Mid Valley (Part 2)

Salam,
Aku dah janji ken nak update pasal barang yang aku beli kat expo. Hihi dalam takda duit tu kan, aku rembat jugak botol susu 9 auns untuk baby eiman jenama tommy tippie. Harga pasaran tak silap rm54, masa expo ni dia jual rm37. Pastu puting bayi 3bulan ++ biasa rm27, dia jual 19. Pastu aku capai mainan dia skit, yang ada bunyi bunyi kling kling kling. Pastu baju seluar yang saiz 12bulan punya sebab baju dia banyak yang dah singkat.
Haa.. Yang bestnya aku jumpa susu untuk ibu yang menyusu. Perasa of coursela Vanilla my feveret flavour kan! Jenama Nestle ada kat bawah. Memang tak rasa cam kebanyakan susu yang ada tu, biarpun kandungsn gula agak lebih skitkan, tak kesahla asalkan tak rasa busuk hamis tak sedap nak muntah melugai tu semua kan. Tapi bila rasanya sedap, asik rasa nak minum je walaupun baru lepas minum pun nak- mai secawan lagi! Laki ku pun bising, 2 kali sehari je yer! Ingat air vanilla ke leh minom bebanyak. Hihi... Mai secawan lagi bang!
Erm... Pastu kat sini gak aku jumpa nursing cover yang bercorak harimau gitew! I loikkkkeeee sesangat. Murah plak rm50 je, aku ada survey beberapa kedai, ada yang jual rm70. So ku capaikan jugakla walaupun duit kitorang laki bini dah abis dlm wallet tak sangka beli banyak, pinjam jap duit mak. Balik tu baru bayar gi cucuk ATM. Tu pun idup segan mati tak mahu dah duit tu nak keluar....takperla, bukan selalu pun expo ni. Ayat penyedap hati ditujukan khas buat abang. Hihi :-p
Pastu....erm...ntahla korang tengokla aku merapu beli apa. Tapi yang paling excitednya beli botol susu baru tuk eiman. Yeay! Jumping jumping!