Thursday, 23 May 2013

Dr. Oz Green Smoothie

Salam.... 
Yehuuu... Bulan ni aku dah start kerja, so lama giler dah tak kerja. Oh, tapi nasibla otak aku ni masih berfungsi seperti biasa di pejabat. Masih laju macam dulu walaupun banyak urat kepala, perot dan pinggang putus lepas bersalin. Baju, macam aku mention memang out terus semua. Nasib mak aku ni sama saiz dengan aku dan banyak baju kurung yang dia tak pakai. So aku bedal je tanpa banyak tanya. hihi..


Part 1-----------
Haritu aku gi fisioterapi kat hospital serdang.. perghh! aku ingatkan aku akan di massage ke, hot pack ke, di picit mahupun di urut ke.. rupanya meleset nau! sampai je dah kena naik beskal 20 minit. pastu bersenam untuk kuatkan otot pinggang, otot kaki, otot peha, segala otot yang ada la.. banyak sampai aku pun dah tak ingat dah step step dia. Siap dia pesan "Setiap pagi u kena buat excercise ni dalam 30 minit ye".... 

what?? setiap pagi? homaigod! aku bangun tido pun kelam kabut nak iron baju nak susu anak nak mandi nak pilih baju plak nak pilih tudung mana match pulak nak siapkan baju anak susu anak... tu pun dah sejam ko nak suh tambah excercise setengah jam lagi?..isk tak kot.. pagi2 aku kelam kabut tu kira excercise jugakla ye sebab berpeloh2 dah. ngee


Part 2---------------
Cerita pasal berat badan ni kan.. tok sah cakapla, kat opis tu semua tegur bentuk fisikal aku yang agak kecomelan ini..sangat suker sangat taww!!(sambil tangan di bahu mata ke atas) nanti aku kasik naik lagi sampai 70 kg k! yes yes! (mode: sedih, tamau makan tamau makan tamau makan tamau makan)

Tapi kakak aku sorang ni kat opis ni namanya, Kak Ijan telah menyarankan agar aku mengambil diet Dr. OZ yang bernama Green Smoothie dan aku telah terpengaruh dengan jayanya maka aku telah berazam bahawa aku akan berusaha untuk menurunkan berat badanku yang sedikit gempal comel montel malah tembam ini dalam masa 2 bulan bermula semalam. So...Balik kerja aku terus nyinggah Tesco beli barang2 nak buat air tu..

Ko nengok ni ada timun
 ada BANANANANA!
 ada BAYAM
 ada celery dan Lemon
dicampur ke dalam BLENDER semua tu + 2 gelas air
 Taraaaa!!!! amik ko ijau nau
 Glowing tak??? Bersinar sinar bak kata Kak Sharol!
k la byue! 
aku tinggalkan korang dengan video ni! selamat mencuba yer....