Tuesday, 21 May 2013

IMUNISASI TAMBAHAN UNTUK BAYI DI BAWAH UMUR 1 TAHUN

Salam,

Holla... harini aku nak story n share dengan kawan kawan aku berkenaan Imunisasi Bayi. Haa... bagi yang dah ada anak 3 ..4 orang tu mesti dah faham dengan imunisasi ni. Tapi bagi yang baru melahirkan anak atau yang tengah mengandung anak sulung, bolehla tambah sikit ilmu pengetahuan. Aku ni pun sama jugak macam korang apa pun tak tahu, dah ada anak baru la faham.

Ok, tak payahla mukadimah tu panjang sangat kan, straight to the point kan, Meh tengok gambar kat bawah ni, ini adalah carta Imunisasi bayi yang wjib bagi seorang kanak-kanak. sebelum pergi jauh, tahu tak Imunisasi tu apa? kang citer pepanjang, last last imunisasi pun tak paham apa maksudnya. 

"Imunisasi adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk melindungi kanak-kanak seterusnya penduduk negara ini dari jangkitan penyakit. Imunisasi ini diberi secara percuma di semua klinik kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA), K1Malaysia dan klinik desa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia." (sumber Laman Web Kementerian Kesihatan)

Imunisasi yang diberikan ialah untuk mencegah penyakit:-

i)   BCG –TB (Batuk Kering)

ii)   Hepatitis B

iii)  Diptheria (Sakit Kerongkong)

iv)  Pertussis (Batok Kokol)

v)  Tetanus (Sawan di kalangan bayi baru lahir)

vi)  HiB (jangkitan paru-paru/jangkitan selaput otak)

vii) Polio

viii) MMR (Campak/Beguk / Rubella) 



Ok... paham kan.. So apa yang aku nak cerita kat sini adalah Imunisasi SELAIN Imunisasi yang diberikan oleh pihak kerajaan secara percuma. Iaitu :

  1. Vaksin Pneumococcal
  2. Vaksin Rotavirus
Apa tu??? ha! Rupanya ramai ibu bapa yang tak tahu adanya Imunisasi Tambahan untuk kanak-kanak. Kalau nak tahu, Penyakit berjangkit lah merupakan punca utama kecacatan & kematian dikalangan kanak-kanak di dalam dunia ni. Terutamanya bagi kanak-kanak yang dihantar ke Taska atau Pusat Asuhan.

Walaupun begitu, Vaksin ni hanya ada di Klinik Swasta yang terpilih sahaja dan.. bayarannya agak mahal sikit. Tapikan, kalau handphone 2 ribu pun boleh pejam mata beli, takkan lahhhhh suntikan untuk anak nak berkira kenn... hihi

Vaksin Pneumococcal
Bakteria pneumococcus menyebabkan meningitis iaitu jangkitan saraf otak atau saraf tunjang, pneumonia (jangkitan pada paru2), bacteraemia (jangkitan dalam darah) dan juga otitis media (jangkitan pada tengah telinga).Penyakit Pneumococcal boleh menjadi amat serius, dan boleh menyebabkan pekak kekal, cacat otak dan kematian. Diambil dengan cara suntikan pada bayi.  (sumber  dari http://chromosome.wordpress.com/2008/08/20/imunisasi-tambahan-pneumococcal/)


Vaksin Rotavirus
Jangkitan Rotavirus akan menyebabkan gejala cirit birit yang serius pada bayi. Jangkitan virus ini pada bayi akan menyebabkan demam, muntah, kurang air sehingga boleh menyebabkan kematian. Virus ini juga mudah merebak dengan bayi lain hanya dengan sentuhan.Vaksin ini diberikan kepada bayi yang belum mencecah umur 8 bulan. Vaksin ini diberikan dengan cara titisan vaksin ke mulut bayi. Vaksin ini boleh bertahan selama 3 tahun.


BERAPA DOS?
Vaksin Pneumococcal - 4 dos, sebulan 1 dos (suntikan)
Vaksin Rotavirus - dicadang 3 dos, ada yang 2 dos (titisan ke mulut)

HARGA?
Vaksin Pneumococcal - 1 dos (suntikan) RM 225
Vaksin Rotavirus - 1 dos (titisan) RM 125

so kalau 4 dos pneumococol RM 1000 la jugak, 
tambah 3 dos Rotavirus 375
sama dengan RM 1375.00 sahaja

Haa.... amacam?? ok tak? kalau rasa2 poket tu tak senyum, korang main la duit kutu sebulan 200. Main 10 bulan dpat 2000, so ada baki RM 625 boleh shopping baju baby. hahah...

okla. tu je nak share, baby Eiman dah ambil Rota teq, next week ambil Pneumococol, pastu korang pulak jangan lupa temujanji anda dengan klinik kerajaan k itu penting tau!! 

Sekian.