Wednesday, 29 May 2013

My Favourite Laneige Skincare & Make-Up Product

Salam,
Harini aku nak berkongsi dengan semua, satu produk Penjagaan Kulit & Make up dari Laneige. Pertama-tama sekali aku ni memang dah lama mencari produk penjagaan yang sesuai dengan kulit aku yang kering dan nampak kusam ni. Ditambah pula dengan pigmentasi yang semakin laju bertambah kan... memandangkan usia aku ni makin meningkat. Jadi aku mencari-cari produk yang sesuai dengan jiwa ku... dan aku menjumpai Laneige..

Produk penjagaan kulit yang dimaksudkan merupakan "The best seller dan Cosmo Asian Beauty Award 2011 Winner!" Oh my! ia adalah Water Sleeping Pack_Ex. Ia melembabkan kulit dan menjadikannya segar sehingga 9 jam secara intensif i tell u sistah. Ditambah pula dengan agen pemutihan semasa kita tidur.  Tidur juga pasti nyenyak dengan aromanya yang sedap dan segar. Bangun je tidur keesokan harinya, pasti akan berasa segar bak bunga berkembang di waktu pagi dan kulit pun semakin cantik. best best



Ok next, yang kedua adalah Produk Laneige yang bernama Snow BB Soothing Cushion. Ia adalah produk 5 dalam 1. Haaa....jangan main main k! Ia Mencerahkan + melindungi dari cahaya matahari + Tahan Peluh + Menyejukkan kulit dan + Tahan Lama. Hebat bukan? Ditambah pula dengan saiz yang kompak dan mudah dibawa ke mana-mana. Kulit pasti akan tampak bersih dan menawan. (cewah cewah dah macam beauty konsultan plekk). Aku suka nama dia sebab ada kusyen tu.. Rasa selesa sangat mcm duk atas kusyen kot.. Hihi Haa.. ni gambarnya


Cantik kan produk Laneige ni... aku berkenan betul dengan design nya.. Harap harap kulitku boleh cantik dan Mantopp macam Song Hye-Kyo. Aku minat giler dengan minah ni sejak dibangku Universiti, masa dia berlakon dalam cerita Full House. Cuteee!


Boleh tak ai nak kulit cam Song Hye Kyo ni? ....



Erm... best best... berangan....berangan..

K skian.

Contest from NUFFNANG

love love