Tuesday, 28 May 2013

Ramen Vs Maggi

Salam,
Ohh diari, masuk kerja ni memang aku sibuk sangat sampai nak duduk pun tak sempat. Ni ha baru ada sikit kelapangan kan.. so update blog jap. Memandangkan Gelombang K-POP itu sangatla kuat sehingga aku pun sikit2 la terpengaruh.. aku paling suka tengok cerita RUNNING MAN. Kelakar habis giler pecah perut la.. yang zirafah tu..sangat slow ditambah dengan Sang Belalang tu pun kelaka (sapa yang tengok paham la apa aku cakap).

Pastu makanan dia asik RAMEN .. RAMEN.. pebenda tu, sedap ker?? So minggu lepas sebelum balik umah Mak Mertua, aku nyinggah di Food Court KLCC, lapa nak makan. Ada satu kedai Korea ni, macam best jer.. tengok menu ada Kimchi Ramen. Aha! Tu yang kita cari. Aku pun order.. bila siap order, aku pun bawak ke meja. haha saja nak panjangkan cerita. Pastu pada pandangan mata kasar aku macam Maggi pun ada... 

Lalu dimasukkan la Ramen itu  ke mulut.. Perghhh nak cakap.. "ini Maggi Kari la".. sama! Sepoloh hinggit tu aku bayar kot untuk Maggi ni. Memang saling tak tumpah. Sekarang aku dah tahu, Ramen adalah Maggi. takperla.. next time aku gi mamak jer  murah lagi kot baru RM 4 jer. 

"Mamak, kasi itu RAMEN satu!" sure mamak tu ternganga ... haha..




muke excited kot nak cuba Ramen

Tengokla.. tak yah rasa pun dah tahu Maggi kari

Chocolate Shake aku nya n Apple Juice husben akunya

Ni peberet photo aku.. lapa nau ke bang??

Wantan ni sedap giler

Ini Kimchi.. sayur pedas.. langsung aku tak sentuh.. cam pelik jer. sorry

Sekianlah.