Monday, 10 June 2013

FACEBOOK PAGE dan BLOGGING

Salam,
haa.. meh sini nak ceriter.. dah lama nak buat facebook page ni, tapi sebelum buat facebook page ni kena la belajar dulu macamana nak buat.. apa keuntungannya.. apa reason nak buat kan. So, selepas beberapa waktu diambil, aku pun decide la bukak satu page bertajuk BLOG NOVA LEEZA.

haa.. nak tahu sebab apa.. sebabnya adalah, facebook BLOG NOVA LEEZA ni khas untuk aktiviti blogging aku tu. Ntahla aku ni memang rajin menaip, sejak dibangku sekolah lagi, aku memang suka tulis aktiviti harian aku. Tah berapa biji diari aku ada. Macam-macamla ada dalam diari aku tu, kisah cikgu aku la.. kawan sekolah la.. kisah dari sekolah rendah lagi haa... Diari lama tu pun masih ada dalam simpanan aku.. bila baca balik nak tergelak gelak aku sesorang... tah ape ape tah aku merepek.

oh ya, so di samping berblog ni, aku selalu inform kat Facebook jika aku dah update blog. Tapi asik guna facebook Nova Leeza tu, aku jadi semak pulak bebanyak iklan update blog tu kan. so ku ciptakan lah PAGE BLOG NOVA LEEZA untuk update info blog aku tu.  haa..

Sebab kedua pulak, kat bahagian ADD FRIEND aku tue.. ada beberapa yang aku hold add friend.. bukan per aku payah skit kalau aku tak kenal kan.. Facebook aku cam privacy sikitla. kekadang citer hal kerja kan.. tu yang payah tu.. tengokla kawan yang aku tak approve..


ni pun dah sedaya upaya nak approve semua.. kekadang sebelah mata jerla.. cam kenal kenal skit skit ada link link tu approve jerla kan. Ha.. tak ker rasa serba salah dibuatnya...

erm.. so sekarang sejak ada FACEBOOK PAGE ni.. aku rasa senang hati dah. Laki aku pun setuju dengan adanya FACEBOOK PAGE ni. Dia lagi senang hati kot.. haha Alhamdulillah, 2 hari dah BLOG NOVA LEEZA ni beroperasi.. dah ada 59 likes.. yehuu.. happy rasanya..
Terima kasih semua!!

So pasni fair n square, semua bleh SHOOT terus Facebook Page Blog Nova Leeza.. semudah ini sahaja..

haha ready!!

shoot!.. alamak tersasar.. 1 jer kot yang kena.. haha

alamak, rasa rindu nak lepak genting plak.. abang ronggeng genting jom..

hahaha..