Tuesday, 18 June 2013

Susu Kambing Karihome Untuk Bayi

Salam
Harini nak berkongsi cerita mengenai susu eiman. haa.. macam yang aku pernah cerita, baby eiman minum susu Novalac Rumusan Bayi sejak dia lahir sehingga mencecah umur 4 bulan. Tapi sejak kebelakangan ni, poo poo dia warna hijau pulak. Jadi aku dan suami buatla sedikit penyelidikan mengenai poo poo hijau ni, ada yang mengatakan berkemungkinan bayi mengalami simptom terlebih laktosa iaitu gula asli yang terdapat dalam susu atau mungkin terdapat kuman dalam perut bayi.Walaupun tak pasti apa penyebabnya, sebagai ibu bapa  mestilah rasa risau kan.. haha ayat skema giler

Kakak aku pula pengguna susu karihome yang tegar untuk anaknya si pika tu sejak bayi lagi. Yang bagusnya, mengikut pemerhatian aku, si pika tu nampak cepat belajar dan kuat ingatan. Bagus juga susu kambing ni. so aku buat sikit bacaan di Internet.. memang bagus susu kambing ni sebab susu yang paling hampir dengan susu ibu. Selain itu, ....

1. Ia mampu meningkatkan IQ dan EQ. 
2. Ia mengandungi antibodi yang sangat tinggi 
3. Kandungan kalsium yang tinggi baik untuk pembentukan tulang dan gigi
4. Ia lebih mudah dicerna berbanding susu lembu (susu kambing 30 minit, susu lembu 2 jam)
5. Molekul protein dan lemak sangat halus, lembut dan mudah hadam.
6. Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing
7.Tiada jangkitan binatang gila.. haha ala cam lembu gila tu, kambing tak gila
8. Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
 dan bermacam faedah lain. Korang boleh google..khasiat susu kambing untuk bayi

P/S: Walubagaimanapun susu ibu adalah susu yang terbaik buat bayi.

Kami pun sepakatla mencuba susus kambing untuk baby Eiman. Kalau sesiapa yang bercadang nak bagi susu kambing mestilah guna susu khas yang dibuat untuk bayi 1 tahun ke bawah, tak boleh bagi susu segar atau susu yang tak dipasteurkan. Susu tersebut bahaya untuk bayi kerana usus dia tak bersedia nak terima susu yang fresh, ada banyak bakteria dan kandungan yang sangat tak sesuai untuk perut mereka. Susu Karihome ni formulanya telah dibuat sama dengan kandungan susu ibu.

Ni la susu karihome.

Karihome untuk Infant 0-6 bulan Step 1

Ada juga rasa risau kalau eiman tak rasi dengan susu ni.. Ni dah habis 2 tong masuk tong ke 3.. Alhamdulillah eiman tak tolak bila kami suap susu ni.. siap nak lebih lagi. 

Harga.. ini memang tak dinafikan mahal

400gram, macam gambar di atas tu, RM 49.50. Kalau beli online bleh dapat RM 46 rasanya.

Seminggu baby eiman habiskan 2 tong. Kalau sebulan 4 minggu = 8 tong..

1 tong RM 50 darab dengan 8 sama dengan RM 400!!!!

erm.. untukmu eiman.. pejam mata bayar jerla!

Ni ada entry Karihome step 2

Ok sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...