Sunday, 23 June 2013

TEETHER UNTUK BAYI ANDA

Salam,

Masuk bulan ke 4 ni, baby Eiman sudah pandai memasukkan tangan ke dalam mulutnya. Habis basah baju terkena air liur. So sapu tangan mesti selalu bawak kalau tak, bertompok baju  kena tahi lalat. Selain itu, Baby Eiman pun dah pandai menggengam jadi masa yang sesuai untuk belikan satu Teether untuknya. Yeay!

Kalau nak tahu, permulaan pertumbuhan gigi susu bayi adalah pada bulan ke 4 hingga bulan ke 6. Teether digunakan sebagai peransang pertumbuhan gigi bayi. Ia juga berguna sebagai alat untuk meransang minda bayi untuk belajar  menggengam, menggoyang dan menjemput. hebatkan!

Pentingnya teether ni, adalah sebagai alat bantuan kepada ketidakselesaan bayi kerana gatal gusi. Teether mampu membuatkannya leka dan lupa tentang gatal gusi yang dialaminya. Selain itu, anda juga boleh menyejukkan dahulu teether di dalam peti ais,so bila bayi kemam teether ni boleh menyejukkan gusinya. Tapi AWAS yer, bukan di tempat Freezer ok! sekadar sejuk sedikit jer. Sebelum tu bungkuslah dengan kain supaya tak bercampur dengan bau peti yang pepaham sendirilah kan.

Bagaimana Memilih Teether

1. Semestilah memilih yang bertanda BPA Free
2. Pilih Teether yang kecil bagi bayi berusia 4 bulan, memandangkan mulutnya masih kecilkan.
3. Selalunya, dibelakang teether ada tertera peringkat umur yang sesuai. Jadi rujuk sahaja bahagian tersebut.
4. Teether yang sesuai untuk bayi 4 bulan adalah lembut teksturnya, berisi air/gel dan bersaiz kecil.

Selepas menggunakan Teether pastikan ia dicuci bersih yer. Rendam sikit dalam air panas untuk mematikan kuman. Simpan ditempat yang  selamat dan bersih k.

Ni teether baby Eiman

ada tulis BPA free dan peringkat umur 3 bulan ke atas


Bagi teether dia buat main jer, tak masuk mulut lagi. Tapi, bila bagi patung Mickey ni... haa


Habis di kokak kokaknya hidung Mickey tu.. apara budak ni..
Adik ipar aku cakap.. "Eiman, tu bukan ehek ehek Mommy la!!"
Agaknya dia ingat hidung Mickey tu.. erm... haha

haha Skian.