Friday, 19 July 2013

DEMONG BEACH RESORT KUALA BESUT

Salam,
Dalam kesibukan keadaan di Kuala Besut Terengganu dek kerana Pilihan Raya Kecil N01 Kuala Besut, aku pun tidak ketinggalan menyibukkan diri juga dan telah di arahkan turun untuk melaksanakan kerja-kerja apa2 yang patut. Perjalanan ke Kuala Besut mengambil masa yang agak lama juga jika menaiki kereta iaitu lebih kurang 8jam. Aku..dapat naik flight.. untunglah sikit sebab sejam sahaja sudah sampai ke Kota Bahru, Kelantan. Airport yang paling dekat ke Kuala Besut. Dari Kota Bahru mengambil masa 1 jam meniki kereta ke Kuala Besut.

Kami menginap di Resort Demong, bagi kawan-kawan yang akan turun ke Kuala Besut minggu depan bolehlah plan apa yang nak dibuat.. mandi Swimming Pool ke, mandi laut ke.. aku ngn kak cah sekadar berjalan di pesisiran pantai dan menikmati pemandangan yang nyaman.. maklumlah bulan puasa mana boleh terjun.. kikiki

Meh layan gambar yang sempat aku tangkap


Ni la Resort Demong tu

Dewan Makan sebelah kiri, jalan terus ke depan boleh menuju ke pantai

Dalam perjalanan ke Pantai terjumpa sangkar Arnab.. teringat kat Jojo

Haa...inilah Pantainya... bersih dan cantikkan



Bergambar di tepi pantai

Ni Kak Cah pulak


Ada mat Salleh tengah mandi tu

kasutku masuk pasir



Ei. sedapnya air kelapa ni

Ok ni Kak Cah dengan catwalk modelnya
 Ok toleh perlahan-lahan
 tadaa....

hihi.... (kak cah pesan jangan tangkap gambar macam org kampung!.. ok ni dah style model dah ni..)

Okla Skian.