Thursday, 11 July 2013

DESA WATER PARK KUALA LUMPUR (APM FAMILY DAY)

Salam,

(ENTRI KHAS UNTUK APM SDN. BHD.)

Korang penah dengar ke Desa Water Park??.. rasanya ramai yang pernah lalu di DESA WATERPARK ni tapi tak pernah terfikir nak singgah kan? haaa... rugi tu dik non.. Dalam ni macam-macam ada.. kawasan luas dan boleh dijadikan tempat keluarga berkumpul.. Tambah tambah ada anak kecik kan..  memang rasa tanak balik punya lah kalau korang datang sini.

Yang ini adalah HARI KELUARGA bagi APM SDN. BHD. Nampaknya tema baju hari Keluarga adalah SHINING BRIGHT GREEN ala ala Pencinta Alam giteww..

Ok jom tengok apa yang menarik di sini jom.

Para peserta sampai di hadapan DESA WATER PARK dan mengambil gambar kenangan

Semua beratur yer sebelum masuk

Ha... senyum!!!!

Pendaftaran Peserta 

Selesai Pendaftaran di Ruang Masuk, sesi bermain air pun bermula...

Haa... adik adik lelaki dah masuk awal dah kedalam air

Adik adik perempuan pulak masih takut takut.. Tengokla si Pika tu.. siap berpegangan tangan

Acara mandi pun bermula

Ini paling best ni... berpusig pusing di dalam air

"Pika takutlah Mama!!"

"Ok Mama temankan Pika!!"

Syok nyerrr!

Ini pula acara sukaneka untuk kanak-kanak, nampaknya Si Pika la diantara yang termuda ..

memang luas kawasannya.. sangat selesa

Ini adalah Acara Tarik Tali dari Team APM

Keriangan di wajah mereka


Ha... tak puas pulak rasanya nak menatap gambar di Water Park ni.. kalau ada yang berminat bercuti hujung minggu di sini bolehla merancang selepas Raya ni..

Bayaran Masuk:
For Mycard Holders
Adult:RM30.00
Child*
(above 2½ feet)
:
RM20.00
age :12yrs below
Child*
(below 2½ feet)
:free
Non Mycard Holders
Adult:
RM35.00
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari : http://www.desawaterpark.com.my/

Ok.. Selamat Berbuka Puasa untuk semua muslimin muslimat yer!!!

Skian.