Sunday, 7 July 2013

ISLAND HOPPING DI KLIM GEOFOREST PARK LANGKAWI (PART 3)

Salam,

Meh ni nak sambung cerita berkenaan Pulau Langkawi, hari terakhir kami bersama-sama rombongan Cek Kiah telah pergi ke KLIM GEOFOREST PARK Langkawi.Kami telah melakukan ISLAND HOPPING dengan menaiki bot. Wahhh... dengar pun dah rasa teruja sangat keenn..

Mana tak teruja.. masa ni kami semua sepatutnya menaiki bas ke Jeti dan waktu bas bertolak adalah 2.30 ptg. Makanya kenalah berkumpul jam 2.15 petang. Di jadikan cerita, masa ni Baby Eiman duk mengamuk mengamuk sampai ai dan husben tekejar kejar nak siapkan barang baby eiman. So kena gilir-gilir susukan eiman. Lagipun kami JaMa' solat Zohor Asar terus mudahla tak terkejar kejar. Ehh.. jam dah 2.27 dah ni bang.. Jom turun cepat. Kelam kabut mak.. sampai je lobby.. tetiba tengok Takda siapa.. ehh.. takkan diorang tak turun lagi???

Haa.... kena tinggal kau... kah kah.. nasibla ada van datang ambik.. kalau tak cium bau jela nak ber Island Hopping nya bagai.. haha.. rupanya bas tu tak jauh dari van kami pun.. agaknya masa kami kat lif tu bas baru gerak..

Anyway... semua itu adalah pengalaman yang menarik dan takkan ku lupakan.. Jom Layan Gambar lak

Kat bawah tu ada Harga untuk sewa bot Island Hopping, tapi cam tak nampak jer 

Tengokla si Baby Eiman tu lena dibuai mimpi di pangkuan Daddy disebabkan kekenyangan

Ini pula adalah gambar peserta bot berkeluarga

Haaa.... ni saya

Sebelah saya ni adalah Kak Ros

Eiman tetap tidur walaupun dilambung Ombak...

Cehh... pemandangan luar dari dlm bot

Yang ini adalah peserta bot wanita-wanita

Close Up skett

Tempat pertama yang dituju adalah FISH FARM.. dan ni adalah gambar IKAN PARI diberi makan

Kami semua teruja melihat binatang ni semua manja manja 

Ha.. tengokla tu, ada yang sampai bertinggung nak close up gambar ikan

Yang ni adalah Kak Nurul dan baby Umar

Ini adalah gambar ikan Pari tu

Nampak Jinak kan?? Boleh main gosok gosok badan dia

Ini pula adalah gambar Cikgu Izad memegang BELANGKAS.. haa.. inilah rupa belangkas .. suka haha

Baby Eiman tetap tidur walau apapun terjadi.. ternganga nganga pulak tu

Ha... ini saya ni

Inilah peserta bot Wanita-Wanita

Dalam perjalanan kami terjumpa banyak Kapal Layar yang berlabuh... 

Kawasan ini dikelilingi oleh hutan Paya Bakau

 Cantik kan keindahan Alam... sejuk je mata memandang

Selain Baby Eiman, bersama kami ada 2 orang baby yang comel!


Haa... selepas Fish Farm kami melawat Gua Buaya, Eagle Feeding, Gua Kelawar dan melawat kawasan sekitar... entri akan disambung...

Stay Tune yer..

Skian.