Sunday, 7 July 2013

ISLAND HOPPING DI KLIM GEOFOREST PARK LANGKAWI (PART 4)

Salam,
Malam ni Baby eiman dah selamat tidur dah.. jadi bolehla nak hupdate blog.. aku tak kesah kalau tak cukup tidur demi untuk berkongsi cerita dan pengalaman bersama pembaca blog NovaLeeza.. :) Terima kasih ye semua yang sudi datang nyinggah ke sini.. (ehh.. cam ucapan dapat award pulak).. haha

Ok.. seperti yang dijanjikan.. selepas melawat Fish Farm, kami di bawa ke GUA BUAYA... apa?? kenapa panggil gua buaya?? Sebab bentuk batu gua tu seperti muka buaya.. haa.. Padahal mana ada buaya pun kat dalam.. kih kih kena tipu idup idup jer. Masa ni air tengah pasang so tak dapat nak masuk GUA BUAYA ni..


Haa ada tak cam muka buaya kat mana mana.. mulut buaya kot.. hihi

Ini kalau air surut ni bole masuk.. tapi tak tahu la apa ada kat dalam kan..

Close Up skett

Nak jugak Posing kat depan ni.. jadikla kan sambil tersengeh lebar

Ok.. next.. kita akan pergi melihat kawasan burung HELANG berkeliaran.. aahh ni nak cerita sikit.. Apakah asal usul nama LANGKAWI.. haa siapa tahu kita bagi 2 ringgit.. kih kih.. Ok asalnya adalah LANG dari perkataan HELANG dan KAWI pula adalah BATU KAWI. Ini adalah kerana Pulau ini memang menjadi port Helang datang sejak dari zaman dahulu lagi.. sebab tu ada ARCA BURUNG HELANG besar kat Pulau ni. BATU KAWI pula katernyer adalah batu yang berwarna kemerah merahan banyak terdapat di Pulau ni.. cehh... cam belaja sejarah pulak.. ok ni ha jom tengok HELANG jom

Berlakon sangat

Ha.. mana helang ni.. ce tengok dedekat skit.. rapat rapat depan Pc tu.. kalau tak nampak... haa... 

Itu dia!!

Tu kat pokok tu ada helang tengah terbang.. nampak tak??

Ni ha.. dapat tangkap sekor, ok helang tak boleh masak buat lauk ye

Cantik pulak awan masa ni

Huyoo... banyak tu!! ce kira berapa ekor

Ha... lepas ni kami pergi ke tengah laut pulak.. ehh bukan pergi, tapi di bawa oleh abang bot tu menuju ke sempadan laut..  Sila jangan jeles bila BOT PESERTA LELAKI adalah berkuasa tinggi dan menerjah lautan dengan laju giler sehingga dengan senang lenang memotong bot PESERTA BEKERLUARGA.. cis..!! berlagak mereka!!


Tengok tue..Siap melambai seolah mentertawakan kami BOT PESERTA BERKELUARGA

Ha.. nampak tak belakang tu tulis KLIM GEOFOREST PARK!! Ini adalah penganugerahan dari UNESCO taw!

Bot Kami

Daddy pulak.. berlakon lah sangat!!

Ha.. siapa tahu ni pulau apa?? 
Yeay betul!! Pulau KASUT! ... tett cam kasut lah sangat kan.. semua nak bagi nama sebab bentuk serupa barang..

Yeay!!! akhirnya saya bangun!!!... 

Ha... next entry PART 5 aku cerita pasal GUA KELAWAR.. k!! oh ya dan video rakaman..

Stay Tune yer!!!

Skian.