Thursday, 18 July 2013

JOM BUAT CENDOL 10 MINIT NAK TAK?

Salam,

haa.. harini aku bukan nak ber KLISE pasal Cendol.. tapi hari ini aku nak bagi resepi buat cendol. Resepi ni dari Adik Ipar aku yang pandai masak tu.. Memandangkan aku ni baru terhegeh-hegeh nak belajar memasak kan.. jadi aku taip kat blog ni agar aku tak lupa dan juga boleh share dengan korang semua. Gerenti Puas Hati wa cakap lu!! 

Ok memula mesti ada Cendol

Kena ada Gula Melaka

 Kelapa.. atau santan

Jagung dan Kacang dalam Tin


First dapatkan santan.. disebabkan aku ada kelapa kenala perah sendiri kan..

Blender dulu

Kemudian Perah

Ha.. dapatlah santan.. ni kelapa RM 1.00 kalau nak beli terus santan, beli RM 2.00/3.00
santan ni masukkan secubit garam supaya rasanya pekat berlemak

Lepastu, gula Melaka tadi dipanaskan atas dapur... tambahla air sikit.. dapatkan hasil yang pekat dan likat, masukkan sikit daun pandan agar berbau wangi

Ha... kemudian... masukkan semua bahan tadi dalam mangkuk besar!!.. tadaaa... 
Yang ni pakai sepeket cendol je

Masukkan jagung skit

Masukkan kacang yang sedap ni sesuka rasa

Kemudian Santan 

Akhir sekali.. air gula perasa gula melaka yang pekat likat tu dalan 4 ke 5 sudu.. rasa sendiri nak manis ke tak nak.. 

Haa... mudah giler kan... kemudian minumla sepuas puasnya... hihi
10 minit ker???

Selamat Mencuba semua!!!
&
Selamat Berpuasa

Skian