Monday, 8 July 2013

LAFAZ NIAT BERPUASA DAN BERBUKA PUASA

Salam,
Alhamdulillah syukur kehadratNya... bertemu jua Ramdhan kali ke 29 tahun ini. Aku berharap semoga bulan Ramadhan kali ini bisa menjadikan hati-hati kami tunduk dan patuh padaNya.

Jadi meh kita baca sama-sama.. kot kot ada yang dh lupa..

Ini adalah lafaz niat berpuasa untuk sehari :

Lafaz niat ini perlu di baca pada setiap malam.


Lafaz Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz niat lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Ok ini pula adalah Niat untuk berbuka puasa.

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت


Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Alhamdulillah...

saya juga nak Ucapkan kepada semua pembaca Blog NovaLeeza.. Selamat Berpuasa.. Ampun dan Maaf dipinta jika tersalah tingkah laku, tersalah tutur bicara.. ampunkan aku.. hamba Nya yang tak pernah lari dari berbuat kesilapan. Jika saya ada terhutang mohon emel pada saya agar dapat saya langsaikan segera. Syukur.

(ENTRI INI ADALAH DIRUJUK DARI BLOG : http://madrasah.nh.my/kuliah-agama/62-feqah/75-niat-puasa-ramadhan-dan-doa-berbuka-puasa ) - ada banyak maklumat berguna di sini.

Skian. Salam Ramadhan.