Wednesday, 10 July 2013

Makan di Cinnamon Box di Festival City Mall

Salam,

Ahad lepas telah membuat temujanji dengan my besties cam besa la bila dah lama tak jumpa macam ada yang tak kena sebab banyak cerita baru memasing kena update. haha. ayat panjang sengaja dibuat agar dapat menjimatkan masa menaip kerana saya sakit belakang hari ini mahu bersiap pergi ke KPJ AMPANG berjumpa dengan Dr agar kondisi saya diketahui. haa... 

Tamau cerita pasal sendiri nak gi mana, sambung cerita Festival City Mall.. nama cam gempak jer kan. cam hari hari ada festival. Kawan aku si Nuren n Mino yang suggest kitorang ber double date kat sini. Yang bestnya cam nak lompat lompat ada kedai The Cotton shop kat tingkat bawah. Aku pernah jumpa The Cotton shop ni kat JPO Johor dulu.. bukan nak puji memang betul pakaian dari The Cotton Shop ni memang best murah dan sedap dipakai. So sempatla aku rembat sepasang Top di sini. hihi

Kemudian kami pun makan di kedai yang bernama The Cinnamon Box.. kat level bawah jer.. memang sedap makanannya plus harga tak begitu mahal. Jom nengok jom layan Festival Mall

Kedai ini adalah kedai asam.. boleh rasa sesuka hati nak melantak bebanyak pun takda sapa marah..
Teman kan Nuren.. biasalah orang mengandung memang suka makan asam

Comel macam BULAN

Cuba mempamerkan lesung pipit sebelah yang pernah suatu masa dulu menjadi pujaanku

Camwhore gini biasa dah depan orang ramai.. memula husben aku malu tau.. sekarang ni.. cam dia je yang lebih

Air minuman yang menjadi pilihan.. oh bulan puasa... 

Sandwich Special for Mama Nuren

Spagetthi for saya .. uh uh.. sedap ni sedap.. 

Burger Heaven for Hubby n Papa Mino

Nah amik lagi satu gambar dari side tepi.. air liur dah meleleh ni

Inilah THE CINNAMON BOX

Bergambar bersama Mama Nuren n Baby dalam Perot... yeay!!

Ok sekali lagi

semua di atas yang aku sayang

1 More shoot please.. baby EIman new hobby selain tarik tudung adalah isap jari

Haa... best kan Festival City Mall ni. Kalau berminat bolehla datang Sabtu ke Ahad ke berbuka di sini sambil shopping baju raya... Makan di The Cinnamon Box adalah berjumlah:

RM 50 ++ untuk 4 orang.. okla kenn.

K Skian.