Friday, 19 July 2013

MASAK AYAM MADU SEDAP-SEDAP

Salam,

Hari ini aku tak kerja so bolehla update sebarang dua post. Bulan puasa ni banyak cerita masak-masak sebab banyak makan kat rumah, anak tengah kecik toek lagi, susah nak bawak keluar. Ha.. kot  kot boleh bagi idea pada korang semua untuk masak untuk berbuka kan.

Ok.. ni ha mula mula 

Mesti ada Serai, Bawang Putih, Lada Hitam dan sedikit halia

Tumbuk semua yang tadi, serai tak perlu lumat cukup sekadar rasa

Bahan perapan yang lain, Kicap, Madu, Sos Tiram dan Olive Oil(takda pun takpa)

Kemudian...

Bahan tadi digaul bersama dengan ayam yang telah dibersihkan

Masul Olive oil

Kicap 2@3 sudu

Madu 2@3 sudu

Sos tiram 2@3 sudu

Kemudian Perap selama 1 jam dan bakar di atas periuk 

Tadaaa... siap... nyum nyum..

Selamat Mencuba semua!
Selamat Berbuka Puasa..

Skian.