Wednesday, 21 August 2013

MANFAAT DAN CARA UNTUK MENGAJAR BAYI ANDA BERENANG

Salam,

Kepada yang bakal ada anak, bagus baca ni, nanti boleh praktik pada anak..
Kepada yang nak kawin dan bercadang ada anak, bagus baca nanti rasa teruja nak cecepat buat anak,
Kepada yang dah ada anak, tapi dah besar.. pun bagus.. sebab masih belum terlambat.. kot kot untuk cucu pulak.

ceh cehh.. cam nak jual produk pulak..


MANFAAT BAYI DI AJAR BERENANG 

  1. Perkembangan motorik yang lebih baik, kerana kesemua anggota badannya digerakkan seperti tangan kaki dan kepala.
  2. Meningkatkan kemampuan kognitif. Ini kerana, bayi akan biasa mengikut arahan dan instruction melalui pembelajaran berenang. (Kognitif adalah belajar, berfikir dan menyelesaikan masalah)
  3. Semasa meningkat usia, kanak-kanak akan mudah bergaul dan bersosial, kerana mereka biasa berjumpa dengan kanak-kanak lain semasa di Kolam Renang.
  4. Bayi yang biasa mendengar arahan melalui percakapan, mampu meningkatkan kemampuan bercakap lebih tinggi.
  5. Waktu makan dan pola tidur bayi akan lebih teratur.
  6. Mengasah sikap berani dan percaya diri sendiri.
  7. Keselamatan bayi jika berhadapan situasi bahaya.. apabila dewasa, mampu menyelamatkan nyawa.
  8. Memupuk kasih sayang bayi dengan ibu bapa dan rasa selamat apabila bersama ibu bapa.

LANGKAH PERLU DIAMBIL UNTUK MENGAJAR BAYI BERENANG 
  1. Menggunakan pelampung NECK RING yang sesuai dengan leher bayi, tekanan angin perlu sesuai dengan bayi.
  2. Bayi di dampingi  oleh ibu bapa pada setiap masa.
  3. Jangan biarkan kepala bayi terbenam ke dalam air. (BAYI YANG DI BAWAH USIA 1 TAHUN, kecuali dengan jurulatih renang)
  4. Waktu maksimum bayi di dalam air adalah 20 minit sahaja.
  5. Selepas berenang bayi perlu segera mandi dan bersih untuk mengelakkan kuman dan air klorin dari kolam.
  6. Pakaian yang sesuai.. pastikan PAKAIAN RENANG.
  7. Jangan paksa bayi di dalam air sekiranya bayi menangis atau takut.
  8. Air kolam tidak terlalu sejuk dan matahari tidak terlalu terik. (JIKA TANGAN BAYI MENGECUT, segera keluar dan panaskan bayi)
  9. Berenang 1 minggu 1 kali sudah mencukupi untuk bayi.

Oleh kerana tak rugi pun spend masa untuk mengajar dan melatih anak berenang sebab kebaikan dan manfaatnya lagi banyak kan.. jadi ni la hasilnya..

Biasakan Eiman mencecah air

Rendamkan badannya

Neck Ring ni boleh didapati di JUSCO, bahagian RENANG Harga dalam RM 40++

Alhamdulillah Eiman tak takut air

Cuba lepaskan dia di dalam air

Baby Eiman boleh menguak air dengan tangan dan kaki... 

Dengan Daddy




Lepas mandi dengan air bersih.. sabun2 kepala, badan semua.. masuk kereta terus.. lena ... Letih la tu..


Ha... ni pulak..

Video bagi mereka yang nak ajar anak berenang. Buat masa ni, aku masih tak jumpa jurulatih renang untuk bayi bawah 1 tahun. Macamana pun, jangan give up! Ibu bapa boleh membantu anak, belajar berenang. Boleh belajar dan tonton video di bawah!..  (Kalau ibu bapa tak pandai berenang boleh mula dengan kolam cetek untuk kanak-kanak)










ok... enjoy.. skian.