Tuesday, 27 August 2013

TAK DAPAT BELI BABY COT & BABY'S CHAIR

Salam,
Apa khabar korang semua? Harap sihat2 la hendaknya. Maklumlah raya kan sebulan, Ahad malam minggu lepas aku gi TESCO AMPANG, pergh malam-malam masih ramai yang pakai baju melayu dan baju kurung. Masa tu pukul 10 lebih, agaknya balik beraya la tu, tak pun kenduri kahwin. 

ok apa2 pun, raya tetap raya, kerja tetap kerja, banyak pun kerja ni sebab mood raya tu melampau-lampau kan. Ha.. tinggal jap pasal raya, citer pulak pasal baby. Haritu aku pergi IKEA Damansara. Ramainya umat Muhammad. Alhamdulillah la.. takkan nak marah pulak orang ramai. kikiki.

Aku dah berapa kali nak mintak husben aku belikan Baby Cot untuk baby Eiman, sejak lahir weh aku mintak tak dapat-dapat. Ni budak dah masuk 7 bulan ni pun aku masih merayu-rayu dibelikan baby cot. Apa dia cakap? "Anak dah besar dah bb, pakai kejap je... buat apa? lagipun nak letak mana besar2 tu?"..... takpela... anak akan datang nanti aku beli online je.. tengok-tengok dah ada kat rumah. kikiki.

Mengintai pulak Baby's Chair. Yang macam kat kedai makan tu, warna putih, IKEA. berkenan weh!! haritu mintak beli.. tahu dia kata apa? "Walker tu ada, nanti tak pakai pulak. Makan kat walker dulu la, Lagipun dia belum makan betul2 lagi". Ewah ewah...Macam-macam la alasan dia ni. Takpe takper... saba k. Nak je aku klik klik online. Macam dah gatal tangan. Nanti bila baby Eiman dah makan betul-betul nanti, ai tuntut taw! 

hah lega sikit dapat luahkan kat korang. 

Tak dapat beli, dapat baring kejap pun jadila kan Eiman!

Tengok tu, suka sangat kan dia duduk dalam tu..
Snap jap
Baby's Chair ni cantik berkenan sesangat tapi mahal la 239 tak silap, yang biasa dalam 50 je
Eiman ni semua benda nak masuk mulut dia. Yang biasa tu kat belakang tu ha..
Eiman meninggalkan jejak air liurnya.. kiki
Dia la yang tak bagi ai beli tu... ermm... majuk 10 hari kang baru tahu.

 Pastu rasuah orang dengan makanan... ni yang susah nak merajuk ni...


Ok babai. Terima kasih kerana sudi membaca luahan perasaan ini.