Friday, 13 September 2013

24 JAM SELEPAS ITU

Salam,
Terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan agar Eiman sihat walafiat, tiada kecederaan yang berat. Syukur, 24 jam telah berlalu dan Eiman tidak menunjukkan sebarang kelainan atau perubahan fizikal.

Ini gambar Eiman semalam yang dihantar oleh ibunya (pengasuh) pada aku.






Gambar pagi semalam, lebih kurang jam 10 pagi

Gambar semalam jam 12 tengah hari


Senyum riang.. Alhamdulillah.

Eiman bergerak aktif sehingga malam tadi.

So, ni nak share dengan kawan-kawan sedikit panduan ringkas, jika berlaku peristiwa jatuh katil bagi anak-anak yang masih kecil :

Jika anak tersebut pengsan, muntah, nampak tidak aktif, lebam, berdarah, atau sebarang kelainan padanya bawa terus ke hospital. Jika tiada tunggu dalam masa 24 jam, jika tanda-tanda tersebut ada, segera ke hospital. (kredit to Aida Fiq my friend yang bagi tahu).

Tu jela. k skian. 

Salam.