Thursday, 26 September 2013

APABILA BABY EIMAN MENGUASAI KATIL SEPENUHNYA

Salam,

Malam tadi eiman masih susah nak tidur sebab hidungnya yang masih tersumbat kerana selsema. Kesian dia. Kejap ke kiri kejap ke kanan. Isk isk.. susah sangat dia nak lena, tambah pula dengan batuk-batuk. Kesian jugak kat mak pak nya yang tak berapa nak lena tidur seminggu ni. Nanti aku cerita camana dia dapat batuk dan selsema tu.

So ini lah dia malam tadi... kejap kiri kejap kanan sampai satu katil dia punya.. mak pak jugak yang duduk bersempit. 

Letih sangat agaknya tido nganga nganga tu.

Doakan eiman cepat sembuh ye. Sekian.