Thursday, 19 September 2013

BABY EIMAN BERENANG KUAK-KUAK KAKI

Salam,

Minggu lepas family aku datang ke Putrajaya melawat anaknya dan cucundanya si Eiman. Beria-ia aku paksa mak n kakak aku tu suruh datang. hihi.. yela sejak aku pindah Putrajaya mana ada sekali pun menjenguk rumah baru aku tu. Cehh.. rumah ke?? padahal Kuarters je kot.



Aku memang dah merancang bawak si Pika mandi Swimming Pool kat Presint 16 tu. Budget nak pergi hari Ahad. Sebelum tu nyinggah Alamanda dulu beli Swimming Suit tuk si Pika. Kalau  takda baju renang memang tak bleh masuk. sampai je sana akak kaunter tu cakap 

Akak kaunter : "Ala dik, dah tutupla! Kami tutup pukul 11" 
Aku: "La.. yeke kak? habistu bukak balik pukul berapa?" 
Akak kaunter : "Pukul 1 tengah hari nanti baru bukak balik"
Aku : "La.. yeke kak"
Husben aku : "Haa.. kan abang dah cakap.. google la dulu tengok pukul berapa waktu operasi!"
Aku : "Ermm.. habistu, dah sampai ni dengan pelampung semua bagai ni??"
Husben : "Kita balik jela b, esokla kita gi mandi, takkan nak tungggu sini.. 2 jam lagi ni"
Aku :"Ala...!" 

Tak pasal-pasal penat mengangkut segala mak nenek sarapan bagai tapi tak dapat masuk. Cis.. takperla.. esok pagi bertolak awal sikit.

Esoknya (Isnin), memang sampai awal pun, 8.30pagi dah bertolak dari rumah, Pool pun bukak pukul 9 pagi. haha.. Kami diantara orang pertama yang masuk. Syiok oo.. ni ha.. meh layan anak aku mandi meh.

Bonding Time with My Family

Aku menjaga si Pika, Husbenku menjaga Eiman

Kakak aku cakap kami ni dah macam Trainer tuk budak-budak tu dah..

Penat aku panggil si Eiman suh pandang camera.. sampai ke sudah..

"Eiman tengok camera eiman..!".. bolayan jugak
  
Cuba melatih Pika kayuh dalam air

Tapi kebanyakan masa dia duk dalam bot ni..takpe baru nak berjinak dengan air..

Mummy n Pika

Oh.. yang setia menemani ni mak aku.. 

Ha... tula aktiviti yang menarik dilakukan minggu lepas. Bawah ni ada video special untuk korang.. Eiman kuak-kuak kaki..





Masa nak keluar dari Pool tu, eiman mengamuk-ngamuk nak main air lagi, isk isk.. suka sangat dia dengan air!
Ok tu je... sekian. terima kasih kerana sudi membaca. Next time datang lagi k!!