Tuesday, 24 September 2013

ENTRI NOMBOT 300! FEVER,FEVER PLEASE GO AWAY!

Salam,

Malam ini pun dilewati, tengok jam pukul 12.30 malam. 12.30? macam nak cakap"WHAT??". Badan ni rasa makin panas, kepala lutut dah kesejukan sebab demam, kepala otak pulak dah weng-weng sebab makan ubat semsemsemma dan ubat batuk hitam yang buat rasa high sangat. 

FEVER,FEVER PLEASE GO AWAY!

Lepas je event MAKAN MALAM BERSAMA JABATAN, husben aku ambil di hotel dan aku terus ajak husben pergi Kehlinik ambil ubat. 


Aku : "Doktor, saya demam, kerongkong saya sakit sangat sangat, dah merah. Susah nak telan air liur. Badan saya pun panas, pastu hidung tersumbat, selsema. Saya dah makan ubat selsema pagi tadi tapi tak baik-baik lagi. Saya risau takut melarat nanti susah saya nak kerja. Saya nak antibiotik la doktor, cepat sikit baik!"
Doktor : "Ok.. Ok... (cehh... berkerut-kerut muka doktor tu. haha)
Doktor : "Ok nganga mulut dulu... ok tarik nafas(doktor tarok sekop dia kat belakang badan..)
Aku : "Doktor, saya ni baru balik dari event, masa makan tadi pun dah rasa badan tak sihat, terus je datang sini"
Doktor : "Event? event apa malam-malam ni?"
Aku : "Makan Malam bersama jabatan, doktor"
Doktor : "Ooo"...Dia angguk kan je.

Pastu cepat je dia tulis ubat, ok saya bagi awak ubat ni... bla bla bla bla bla bla....awak kena minum air banyak.. bla bla bla (panjang pulak nasihat dia ni. Tapi dengar jela)

Aku : "Doktor, kalau saya demam tak larat pergi ofis saya kena datang esok mintak MC kan?
Doktor : Tengok jam. "Takpe, saya bagi terus malam ni MC untuk esok. ok?"
Aku : "Ok, terima kasih. Ehh, tapi esok saya kena pergi Parlimen la...."
Doktor : "Ha!!" terkejut pulak. Pergi Parlimen???

Aku pun terus je keluar, malas pulak nak explain. Agaknya mesti dia ingat aku Wakil Rakyat ke apa. haha
----------------------------------
Lepas aku & husben keluar bilik doktor.

Husben : "Isk, u ni semua nak cerita, cerita pasal sakit dahla"
Aku : "hehheehehehhehehehhehehe" sengeh je.


Semoga lepas bangun esok pagi badan segar dan fever pun go aweh!

Sekian.