Thursday, 5 September 2013

NOVA KENA GASTRIK DAN KERACUNAN MAKANAN

Salam,

Seminggu genap tak update blog.. dan seminggu tu jugakla aku menderita kesakitan kerana keracunan makanan.. bukan aku sorang je.. laki bini bertukar baton ke tandas. hihi.. yang teruknya bila aku ni ada gastrik... lambat betul nak baiknya.. lemah badan..

Pergi klinik dah 3 kali.. ubat yang dia bg dh macam-macam aku telan tapi tak baik2. Pastu doktor buat surat refer ke KPJ Ampang Puteri. Jumpa pakar surgikal Dr. Jasmi.. 

Ha.. kena endoskop.. apa skop tah la.. yang masuk kamera dalam perut tu. Nasibla dia bg ubat tido.. aku tak sedar pun, yang aku sedar dah baring atas katil. pastu buat Ultrasound. erm.. risau jugak menunggu keputusannya. Takut apendik atau ada batu dalam hempedu.. 

Alhamdulillah clear!

Syukur! Makan ubat untuk sebulan.. ubat dah rasa macam cokelat dah..

Ni sebelum di sekop kan.. sempat begambo dulu


ha.. walaupun sakit.. ai tetap maintain senyum gitew.


Husben yang sentiasa berada di sini dan menemani aku


Ni ha... ambik ubatnya...

Doktor suruh abiskan semua ubat pastu appointment balik lagi sebulan.

Masa sakit, dia selalu ada dan menemaniku. Tak kira la susah payah macam mana pun dia tetap akan ada. Alhamdulillah Ya Allah. Kau kurniakan aku suami yang sangat Amanah menjaga ku. Kau ampunkan lah dosanya dan berilah kelapangan dalam hatinya. Aminn...




Anak kecik 4 orang + 1 dlm perut... masih ada hati nak pasang lain... renung-renungkan dan selamat beramal! 

Sekian.